Loading...
SHAH ALAM – Tiada lagi pengkhususan pembinaan rumah mampu milik untuk kakitangan awam menerusi Dasar Perumahan Mampu Milik (DRMM) Negara dan Standard Perumahan Kebangsaan.
Sebaliknya menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, kerajaan menggalakkan kesemua pembinaan kediaman jenis itu dimiliki oleh golongan B40 daripada pelbagai sektor yang layak demi memastikan kelestarian perhubungan dalam suatu komuniti.
“Bila ada penyelarasan dalam pembinaan perumahan, KPKT berharap agar dapat meningkatkan lagi mutu hidup penghuni, apabila kakitangan kerajaan, jururawat, cikgu dan kakitangan yang layak dapat berinteraksi dengan orang lain.
“Kerajaan tidak lagi mengkhususkan pembinaan rumah hanya untuk kakitangan awam,” katanya.
Penyelarasan ini kata beliau adalah tugas yang diamanahkan kepada KPKT sebelum ini untuk tidak hanya menetapkan skim perumahan tertentu kepada golongan terpilih sahaja.
“KPKT telah dipertanggungjawabkan menyelaraskan agensi perumahan dalam kerajaan, Syarikat Perumahan Negara Bhd ( SPNB), PR1MA dan juga penjawat awam.
“Dalam dasar rumah mampu milik ini kita selaraskan semua tidak ada skim khas untuk penjawat awam sahaja maknanya kita gabung semua dalam satu perumahan,” katanya lagi.
Selain itu kata Zuraida, pemaju perlu mematuhi beberapa kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan untuk membina rumah mampu milik termasuk dari aspek keluasan, kualiti bahan binaan yang digunakan selain harga tidak boleh melebihi RM300,000.
Bagaimanapun penetapan harga tambah beliau, tidak selaras di seluruh negara sebaliknya ia bergantung kepada pendapatan komuniti B40 di sesebuah negeri.
“Sebab itu ada kriteria-kriteria yang menggariskan perumahan mampu milik mesti sekurang luas 900 kaki persegi. Ada beberapa lagi kriteria yang boleh dirujuk pemaju agar mengikut garis panduan yang telah ditetapkan KPKT.
“Dasar ini kita bukan sahaja menekankan keluasan rumah tetapi kualiti material bahan pembinaan agar dapat memberi keselesaan penghuninya,” jelas Zuraida ketika menyampaikan ucapan pelancaran Dasar Perumahan Mampu Milik Negara dan Standard Perumahan Kebangsaan (CIS 26) di ELMINA Central Park hari ini.
DRMM merupakan sub-dasar di bawah Dasar Perumahan Negara (2018-2025) yang menggariskan standard, spesifikasi utama dan harga jualan sebagai panduan pembangunan rumah mampu milik yang berdaya huni dan selamat didiami.
Dasar ini mentakrifkan ciri-ciri utama perumahan mampu milik bagi kategori bertingkat dan bertanah seperti keluasan, piawaian rumah berkualiti, teknologi pembangunan dan kemudahan awam.
Dasar baharu ini bertujuan untuk memperkasa perumahan mampu milik yang sistematik, mampan dan inklusif sebagai tanggungjawab sosial kerajaan bagi menyedia dan meningkatkan akses perumahan kepada rakyat Malaysia.
Untuk rekod, selain 5,000 buah rumah mampu milik di bawah Sime Darby Property yang dijangka siap tiga tahun lagi, 163,636 unit rumah mampu milik telah siap dan dalam pembinaan oleh pelbagai agensi persekutuan dan negeri setakat 30 April 2019.
Manakala rumah mampu milik di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah sebanyak 37,570 unit.
Jumlah ini jelas Zuraida, melebihi sasaran Pakatan Harapan untuk membina 100,000 buah rumah mampu milik dan kos rendah tahun ini.
Turut hadir dalam majlis pelancaran ialah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad; Timbalan Menteri Kerja Raja, Anuar Tahir; Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Tan Sri Zeti Aktar Aziz selaku Pengerusi Sime Darby Property Bhd dan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) selain Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Mohamed Talha. – MalaysiaGazette

0 Response to "Tiada lagi rumah khusus untuk kakitangan awam - Zuraida"
Posting Komentar