Loading...
Pengerusi Telekom Malaysia Rosli Man dilaporkan tidak bersetuju dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) - atau MOF Inc - berkenaan pelantikan ketua pegawai eksekutif (CEO) baru.
Laporan The Edge yang memetik sumber menyatakan Rosli enggan meneruskan pelantikan pemangku CEO Imri Mokhtar ke jawatan itu.
Malaysiakini sedang menghubungi TM untuk mendapatkan komen.
Syarikat tersebut tiada CEO tetap sejak setahun lalu selepas peletakan jawatan Shazalli Ramly - yang merupakan penasihat media kepada bekas perdana menteri Najib Razak.
Imri dilantik sebagai pemangku pada November lalu, menggantikan Bazlan Osman yang juga meletakkan jawatan.
Sementara itu, Rosli menjadi pengerusi pada Disember lalu selepas peletakan jawatan Sulaiman Mahbob.
The Edge melaporkan Rosli berkemungkinan berhasrat melantik CEO pilihannya sendiri.
Isu tersebut timbul selepas Rosli ketika mesyuarat agung tahunan TM Rabu lalu memberitahu pemegang saham utama belum membuat keputusan berkenaan siapa yang akan dilantik ke jawatan itu. - mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Loading...
0 Response to "TM Buat Kejutan Tolak CEO"
Posting Komentar