Loading...
AFY HANIFF D'MENC FABRIC & AIR FRESHENER | Siapa kat sini tak nak rumah dan kereka dia berbau harum sentiasa kan? Nak pula bila dah nak dekat raya ni, kalau tak mampu nak beli sofa, karpet baru saya cadangkan korang guna je produk wangian dan penyegar udara keluaran Afy Haniff iaitu D'menc Fabric Freshener dan D'menc Air Freshener keluaran Afy Haniff.
Dah lama saya ni menggunakan produk keluaran Afy Haniff ni. Kalau sebelum ni, mereka cukup popular dengan produk untuk halau serangga Serai Wangi, dan selepas itu mereka keluarkan produk wangian dan penyegar udara. Untuk pengetahuan korang, produk yang terbaru ni merupakan produk yang telah di naikkan kualitinya dari produk sebelumnya.
D'menc Fabric Freshener
D'menc Fabric Freshener merupakan penyegar khas untuk fabrik. Kalau dulu nama produk yang similar dengan yang ni adalah D'menc Fabric Wangi tapi sekarang dah bertukar kepada D'menc Fabric Freshener. Pembaharuan kali ni wangiannya lebih kuat dari sebelumnya. Untuk D'menc Fabric Freshener ni ada 4 pilihan wangian semuanya iaitu :
- Calming Lavender
- Breezy Vanilla
- Refreshing Lemon Tree
- Romantic Strawberry
Selain wangiannya yang lebih kuat dari yang lama, D'menc Fabric Freshener juga diperbaharui dengan Malodour Counteractant Technology yang mampu meresap jauh ke dalam fabrik, mampu menghapuskan 99.9% bakteria serta bau yang kurang menyenangkan dan menggantikan dengan bauan yang wangi. Walaupun ia berbentuk semburan tapi jangan risau, ia takkan meninggalkan kesan kepada fabrik. Jadi tak perlu risaulah fabrik kita rosak nanti.
Cara penggunaan :
- Putarkan penutup semburan kepada tanda ON
- Sembur ke arah fabric dari jarak 20cm
- Keringkan fabric dengan baik selepas semburan
- Selepas penggunaan putarkan penutup kepada OFF
- Boleh digunakan berulang kali untuk kekal wangi dan segar.
D'menc Fabric Freshener ni sangat sesuai untuk disembur pada langsir, sofa, karpet, kasut, cadar, pakaian, topi keledar, kusyen kereta. Macam aku biasanya sembur di langsir dan pakaian. Saiz botol D'menc Fabric Freshener ni adalah 650ml.
D'menc Air Freshener
D'menc Air Freshener ni bau dia sangat wangi, ia juga tahan lama tau sebab kandungannya mempunyai pati haruman yang kuat. Satu botol D'menc Air Freshener ni boleh tahan hingga 60 hari (2 bulan). Sangatmenjimatkan. Kalau produk yang dulu ada hanya 4 pilihan tapi kini D'menc Air Freshener ada 8 pilihan wangian seperti :
- Green Apple - Fresh Green
- Tutty Fruity - Sweet Scent
- Vanilla - Cool Air
- Autumn - Odour Neutralizer
- Pandan Leaves - Feel The Nature
- Lavender - Exclusive Air
- Sparkling Lemon - Fresh Scent
- Honeydew - Morning Dew
- Buka penutup kayu
- Buka penutup keselamatan (stopper)
- Pasangkan semula penutup kayu
- Terbalikkan hingga nampak penutup kayu bertukar warna lebih gelap
- Ulang proses terbalikkan botol jika bau telah berkurang
Macam-macam pilihan bauan ada kan? Pilih je yang mana berkenan. Untuk D'menc Fabric Freshener, saya lebih gemar pewangi Breezy Vanilla dan Refreshing Lemon Tree. Bauan dia fresh je. Kalau yang lain tu bau dia agak manis sikit. Masing-masing ada citarasa tersendiri kan. Yang suka fresh boleh pilih dua wangian ni. Yang suka bau manis-manis boleh pilih wangian Romantic Strawberry tu.
Bagi mereka yang sangat titik beratkan tentang bahan-bahan yang terkandung dalam pewangi ni. Korang tak perlu risau dan was-was kerana Afy Haniff adalah produk tempatan dan mempunyai logo halal. Maknanya mereka tidak menggunakan bahan terlarang dan selamat digunakan. Ha, jangan tak tau, Afy Haniff juga merupakan salah satu penaja dalam rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan.
Kat mana nak dapatkan produk D'menc Fabric Freshener dan D'menc Air Freshener ni? Kedua-dua produk ni ada dijual di Giant, Tesco, Aeon Big, Mydin, The Store, Jaya Grocer, Pasaraya Hero dan beberapa pasaraya yang lain. Ia juga boleh dibeli secara online di Lazada, Shoppe dan 11Street. Jadi apa tunggu lagi, jom kita dapatkan wangian D'menc Fabric Freshener dan D'menc Air Freshener dari Afy Haniff. Info lanjut boleh rujuk di bawah ni ya :
Website :
Facebook :
Instagram :
Loading...
0 Response to "AFY HANIFF D'MENC FABRIC & AIR FRESHENER"
Posting Komentar