Loading...

DUOPHARMA BIOTECH | FARMASEUTIKAL HALAL

Loading...

Selama ni kalau beli ubat atau suppliment tambahan kat kedai, saya akan beli ubat yang di cadangkan oleh kawan-kawan atau produk yang sudah biasa dibeli. Sedar tak sedar saya sendiri dah abaikan tentang pengiktirafan halal pada produk tersebut. Tapi bila di check balik, Alhamdulillah semua ubatan dan supliment yang saya beli di farmasi dan kedai adalah mempunyai pengikhtirafan Halal dan mempunyai logo Halal padanya. Kebanyakan darinya adalah produk produk keluaran Duopharma Biotech Berhad.

Saya sendiri berharap agar kita sebagai pengguna terutamanya orang Islam, mempunyai kesedaran dan faham akan status ubat yang kita ambil. Jadi rasanya seeloknya kita ambil tahu serba sedikit tentang farmaseutikal halal .
Industri farmaseutikal halal bermaksud pembuatan ubat yang mengandungi bahan yang dibenarkan syariah iaitu tidak dicemari dengan najis atau bahan daripada haiwan diharamkan dalam Islam seperti babi dan anjing. Selain itu, bahan berasaskan haiwan perlulah disembelih mengikut hukum syarak yang ditetapkan. Proses pembuatan ubat-ubatan juga perlu diproses di kilang yang bebas dan tidak bercampur, berada dekat atau bersentuhan dengan apa-apa bahan yang tidak meme­nuhi hukum syarak.

Jadi dengan membuat pilihan yang terbaik akan menjamin kita untuk dapat hasil yang bagus. Jika tersalah pilih boleh membahayakan diri sendiri.
beberapa produk dengan logo Halal

Jangan terkejut jika saya bagitahu bahawa pada bulan November 2009 di laporkan bahawa ada hampir 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Malaysia (USM) didapati tidak halal kerana gelatin daripada lembu digunakan dalam membuat kapsul produk.

Duopharma Biotech Berhad
Apabila terdapat pilihan, seperti dalam hal memilih suplemen kesihatan, kita haruslah memilih apa yang paling sesuai dengan keperluan kita dengan produk bersijil halal. Cara paling mudah bagi pengguna Islam untuk memastikan bahawa apa yang mereka beli adalah produk halal. Untuk itu kita juga hasil ambil tahu dimana kita boleh membeli produk-produk ini dan apakah jenama yang sudah dikenali dan dipercayai.
Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, saya sarankan korang untuk memilih dan memiliki produk yang dikeluarkan oleh syarikat Duopharma Biotech. Untuk pengetahuan korang, Duopharma Biotech ni merupakan sebuah syarikat pembekal halal pilihan dan rakan pilihan produk halal pharma secara global.
Misi Duopharma Biotech kepada pengguna
Di Duopharma Biotech, halal bermaksud produk farmaseutikal dicapai melalui kebersihan standard yang tinggi, selamat dan melalui proses halal yang ketat dan pensijilan yang mematuhi Kementerian Kesihatan, Viand Malaysian Certification Halal.

Sebagai sebuah organisasi yang diiktiraf secara serantau, Duopharma Biotech memastikan bahawa produknya membawa manfaat kesihatan dan, dibuat secara semula jadi, murni dan selamat untuk digunakan.

Produk bersijil halal, sudah semestinya akan memberi manfaat kepada semua orang termasuklah orang Islam dan bukan Islam! Dan ia sudah semestinya boleh diguna tanpa ragu-ragu.


Pengguna dan kesedaran produk Farmaseutikal halal

Duopharma Biotech membantu meningkatkan kesedaran mengenai produk farmaseutikal halal kepada pengguna. Lebih banyak pengguna yang berpendidikan tentang faedah-faedah penawaran halal dan mengapa ia penting kepada mereka, lebih banyak mereka diberi kuasa untuk membuat pilihan yang tepat jika ada.

Menjadi pemimpin dalam bidangnya, Duopharma Biotech berusaha meningkatkan kesedaran mengenai produk farmaseutikal halal dan meningkatkan kualiti hidup pelanggan dalam jangka masa panjang.

Jadi kalau korang nak tahu lebih lanjut berkenaan farmaseutikal halal ni, korang boleh ke https://ift.tt/2X3XhvU.

Untuk itu, buatlah pilihan yang terbaik, nak nak bila bersentuh dengan hal-hal berkaitan dengan kesihatan ni. Apapon jadilah pengguna yang bijak.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "DUOPHARMA BIOTECH | FARMASEUTIKAL HALAL"

Posting Komentar