Loading...

Mayat pesara guru ditemui selepas lima hari meninggal dunia

Loading...
MELAKA - Mayat seorang pesara guru ditemukan dalam keadaan tragis apabila dia dipercayai telah meninggal dunia lebih lima hari lalu di dalam rumahnya di Taman Ara Permai, Batu Berendam di sini hari ini.

Mayat Tan Boh Jong, 74, yang masih bujang dijumpai oleh anggota polis dalam keadaan berulat dan terbaring di kerusi malas di bahagian dapur rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kejadian itu disedari oleh jiran si mati yang datang ke rumah tersebut untuk berjumpa dengan warga emas berkenaan.
“Jiran si mati mendakwa lelaki itu telah lama tidak keluar rumah dan apabila diperiksa di bahagian pintu belakang rumah tersebut, terdapat air berbau busuk mengalir keluar.

“Pihak polis kemudian menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi dan pemeriksaan di lokasi menemukan mayat si mati dalam keadaan berulat di bahagian dapur. Kita percaya dia telah meninggal dunia lebih dari lima hari,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Afzanizar berkata, pemeriksaan pada tubuh badan si mati tidak menemukan sebarang kecederaan membabitkan jenayah.

“Rumah si mati juga berada dalam keadaan berkunci.

“Kita telah menghantar mayatnya ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya. - K! ONLINE
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mayat pesara guru ditemui selepas lima hari meninggal dunia"

Posting Komentar