Loading...
Jom Channel
Tommy berkata mahkamah tinggi di London itu membenarkan permohonan mendapatkan semula US$3.5 bilion atau RM14.68 bilion daripada International Petroleum Investment Company (IPIC) yang diputuskan menerusi prosiding timbang secara tertutup sebelum ini. “Keputusan Mahkamah London, yang membenarkan isu penipuan besar-besar yang mustahak kepada umum diputuskan terlebih dahulu menerusi prosiding timbang tara yang tertutup tanpa pemerhatian umum, adalah tidak memuaskan bagi Malaysia” jelasnya. Beliau berkata usaha kerajaan untuk mendapatkan keadilan bagi rakyat Malaysia berikutan apa yang telah diperihalkan sebagai 'kleptokrasi yang paling dahsyat’ mula membuahkan hasil. "Dakwaan dikemukakan di Mahkamah Dagang London ialah Surat Ikatan Penyelesaian dan Award Persetujuan telah direka oleh Najib sebagai sebahagian daripada konspirasi untuk menipu dan IPIC dan Aabar Investments PJS (Aabar) tahu bahawa Najib bertindak bertentangan dengan kepentingan MOFI dan 1MDB” tegasnya.
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata Jho Low akan dibawa pulang ke Malaysia dalam masa terdekat. Kenyataan Hamid itu sebagai mempertegaskan kenyataannya sebelum ini bahawa ada petanda yang "pengkhianat" itu akan dibawa pulang segera ke negara ini.
Saya yakin semua orang tidak sabar lagi menanti kepulangan rakan baik Najib Razak ini dan mahu melihat wajahnya dari dekat.
Barang kali keinginan dan minat orang ramai menanti kepulangan Jho Low ini sama dengan pembawa balik bekas Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) Musa Ahmad suatu masa dahulu.
Kita berharap semoga PDRM berjaya memberkasnya dan dibawa pulang ke Malaysia. Kepulangan Jho Low ini tentu banyak lagi rahsia pengkhianatannya ke atas negara yang membabitkan Najib Razak akan terdedah.
Najib tak perlu terkejut kerana insyaallah sempat lagi beraya tahun ini.
Najib terkejut dan sedih kerana kantoi arah kwap beri loan kepada src dan transfer dari src ke akaun peribadi. PM - Menteri Kewangan - Penasihat SRC - Akaun Peibadi. 4individu dalam 1 individu. Fourtsm.
Najib terkejut dan sedih kerana kantoi arah kwap beri loan kepada src dan transfer dari src ke akaun peribadi. PM - Menteri Kewangan - Penasihat SRC - Akaun Peibadi. 4individu dalam 1 individu. Fourtsm.
Siapa yang kait dengan bangsa dan agama memang tahap pemikiran masih setengah masak.
Pakatan Harapan Supporters
Najib sedih tak dapat hadir konvo anak
Bekas perdana menteri Najib Razak berkongsi rasa sedihnya kerana tidak dapat meraikan konvokesyen anak perempuannya Nooryana Najwa .
Nooryana menerima ijazah sarjananya di Universiti Harvard di Boston, AS.
Mk.
Ke Hadapan Bukan-adindaku, Yana (anak Najib):
Saya terbaca tulisan Yana dalam Instagram, yang memarah "kerajaan PH kerana tidak membenarkan ayah meghadiri konvokesyen Yana".
Saya memahami perasaan Yana. Sebagai anak yang taat dan sayang pada ibubapa, sudah tentu, kita ingin berkongsi moment-moment gembira kita bersama ibubapa kita.
Namun, di mana Yana selama ini?
Tun Siti Hasmah ditahan dan disoalsiasat polis pada Januari 2018. 'Kesalahan' beliau cuma menghadiri sebuah perhimpunan aman golongan wanita, di mana beliau telah berucap, memberi dorongan, semangat dan kekuatan kepada golongan wanita yang sedang menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan seharian.
Yana sebagai seorang wanita, tidak marah pada ketika itu?
Maria Chin Abdullah ditahan tanpa bicara di bawah undang-undang anti-keganasan (terrorisme) pada November 2016. Beliau ditahan berseorangan, di sebuah lokasi tidak diketahui, dan terpisah dari tiga orang anaknya selama 11 hari. 'Kesalahan' beliau cuma meminta pihak berkuasa menyiasat skandal rasuah negara.
Yana sebagai seorang ibu, tidak marah pada ketika itu?
Anwar Ibrahim berada dalam kesakitan akibat kecederaan bahu dan pinggang ketika ditahan di Sungai Buloh. Beliau tidak mampu bergerak seperti biasa tanpa berasa sakit, nak pegang pen dan sisir rambut pun sakit. Anak-anaknya merayu kerajaan memberi rawatan yang setimpal di hospital, tetapi ditolak sehingga kecederaannya bertambah parah dan memerlukan pembedahan.
Yana sebagai seorang anak, tidak marah pada ketika itu?
Yana pernah dengar nama-nama seperti Teoh Beng Hock, Kevin Morais dan Hussain Najadi? Mereka dibunuh secara kejam dan mengejut. Mereka telah terpisah dari keluarga masing-masing buat selama-lamanya.
Yana tidak marah mengetahui kisah sedih mereka?
Yana telah telah membuat majlis perkahwinan yang berlanjutan beberapa hari di KLCC pada tahun 2015, di mana kos bunga-bunga hiasan sahaja telah mencecah RM3 juta. RM3 juta untuk bunga-bunga hiasan sahaja. Pada masa yang sama, ramai golongan miskin bandar, golongan gelandangan tidak cukup makan. Mereka tidal jauh, dan berdekatan dengan KLCC je pada ketika itu.
Tidakkah Yana terfikir tentang mereka?
Yana telah terbang mengeliling dunia menaiki pesawat kerajaan selama 9 tahun. Kos-kos penerbangan mencecah ratusan juta ringgit setiap tahun telah dibiayai pembayar-pembayar cukai Malaysia. Dalam kalangan pembayar-pembayar cukai yang telah menanggung kos penerbangan Yana, ramai tidak pernah menjejak kaki ke luar negara mahupun menaiki pesawat biasa seperti Air Asia.
Tidakkah Yana terfikir tentang mereka?
Yana sejak lahir telah hidup cukup mewah. Lahir dalam keluarga golongan bangsawan, duit melambak, makan mewah, kereta mahal, rumah bagai mahligai, koleksi barang-barang kemas bertimbun. Kemewahan Yana tidak mampu dibayangi kebanyakan rakyat Malaysia. It is beyond our imagination. Kami nak bayangkan pun susah, apatah lagi merasai. Sebab kami golongan marhaen bekerja siang malam supaya keluarga cukup makan, hidup selesa (bukan mewah).
Tidakkah Yana terfikir tentang nasib kami sebagai rakyat Malaysia?
Mungkin Yana rasa "self-entitled". Yana berasa itu 'hak' Yana untuk dilayan dengan lebih istimewa dan lebih baik berbanding 32 juta rakyat Malaysia yang lain.
Hari ini Bossku, yakni bapa Yana tidak boleh menghadiri Majlis konvokesyen Yana, bukan sebab kerajaan dendam. The government has nothing personal against Yana or ayah Yana.
Kerajaan melayan Bossku sama seperti kesemua 32 juta rakyat Malaysia yang lain. Tidak lebih, tidak kurang.
Kami rakyat biasa, kalau ada satu kes mahkamah pun, imigresen akan sekat sehingga kes mahkamah selesai, supaya orang tertuduh tidak melarikan diri. Kes curi Milo curi susu untuk anak pun kene sekat, Yana.
Bossku mempunyai bukan satu kes mahkamah, tapi empat puluh dua (42) kes jenayah rasuah, pengubahan wang haram, salahgunakuasa, pecah amanah dan sebagainya.
Bagaimana Yana expect seorang tertuduh dengan 42 kes mahkamah dilepaskan, dan pada masa yang sama menyekat pencuri tepung susu yang mempunyai perbicaraan mahkamah yang belum selesai?
Yana mungkin bangga dengan sijil Harvard, dan Bossku sudah tentu lebih bangga sebab itu Bossku telah beberapa hari ini sibuk buat troll pasal sijil Yana.
Tapi hakikatnya, sijil tersebut tidak mempunyai apa-apa makna sekiranya alhlak dan perangai pemegang sijil tersebut busuk. Lebih mulia seorang petani yang tidak merompak, daripada seorang pemegang sijil Harvard yang berasa bangga dengan perompak.
Tapi ada kemungkinan juga, orang-orang yang mempertahankan perompak tidak tahu malu, sebab itu hari-hari zikir "Malu Apa Bossku".
Saya akhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya.
Jangan bimbang, kerana kerajaan PH kerajaan yang lebih baik dan lebih adil. Yana masih boleh beraya bersama Bossku kerana Bossku belum dijatuhkan hukuman. Ini jauh berbeza dengan nasib tahanan-tahanan politik yang terpisah dari keluarga, ketika Bossku berkuasa.
Otai BERSIH
Loading...
0 Response to "Najib tak perlu terkejut kerana, In Sya Allah sempat lagi beraya tahun ini & Tak pasal2 'abang botak' pulak yang tak sempat beraya! Ke Hadapan Bukan-adindaku, Yana (anak Najib) [Video RAKYAT LAGI SEDIH KERANA TANGGUNG HUTANG 1MDB]"
Posting Komentar