Loading...
Pada Rabu lepas, penyiasat antarabangsa telah mendakwa empat orang terlibat dalam insiden tembak jatuh pesawat MH17 milik Malaysia Airlines lima tahun lalu.
Kejadian tragis yang telah mengorbankan 298 nyawa itu yang telah mengejutkan komuniti dunia terutamanya Malaysia.
Berdasarkan laporan terbaru, tiga suspek daripada empat yang didakwa merupakan warga Rusia.
Sebelumnya, pasukan antarabangsa telah menyiasat insiden yang berlaku pada 2014 itu dan mendakwa empat orang warga asing itu terdiri daripada tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine.
Beliau ketika ditanya salah seorang wartawan di Moscow berkata, “Tiada sebarang bukti dan sebagainya.”
Selain itu, Vladimir turut menyalahkan Ukraine kerana gagal menutup ruang udara mereka untuk penerbangan komersil walaupun pada masa itu berlaku pertempuran berlainan di Timur.
Pada 17 Julai 2014, pesawat Malaysia Airlines MH17 jenis Boeing 777 telah ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu di ruang udara Ukraine dan menimbulkan pelbagai spekulasi.
Insiden tersebut telah mengorbankan semua anak kapal dan penumpang yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. - sk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Loading...
0 Response to "Presiden Rusia Nafi Terlibat Insiden MH17"
Posting Komentar