Loading...

Rotan murid, semua perlu bertindak adil kepada murid dan guru - Maszlee

Loading...
Saya memahami keresahan guru dan masyarakat berhubung kejadian rotan melibatkan seorang guru dan murid di Johor Bahru, Johor semalam.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius kejadian seperti ini dan jelas ia perlu ditangani secara menyeluruh kerana melibatkan hal berkaitan adab seorang murid terhadap guru dan reaksi seorang guru terhadap situasi luar jangka yang dihadapi.

Seperti yang saya tekankan semalam, kes ini akan dikendalikan secara adil mengikut semua peraturan yang ada dan hasil siasatan akan dimaklumkan kepada umum.

Keadilan ini sangat penting kerana kita semua bukan sahaja perlu bertindak adil kepada pihak murid, tetapi juga kepada pihak guru yang berkenaan.
Saya juga ingin menegaskan, kebajikan guru sentiasa berada dalam perhatian saya. KPM komited untuk memastikan guru mempunyai sokongan penuh dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Untuk itu, KPM akan menambahbaik sokongan mental dan emosional kepada para guru agar mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan sempurna.

Dalam masa yang sama, ibu bapa harus terus bekerjasama dengan para guru dalam mendidik anak-anak. Masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk memastikan anak-anak yang kita bina di sekolah adalah anak-anak yang bersopan santun dan tinggi budi pekerti. Para guru yang mendidik di sekolah juga haruslah menanamkan nilai murni ketika mengajar anak-anak dan sentiasa patuh dengan undang-undang.

Saya yakin, masyarakat yang kita ada hari ini adalah masyarakat yang penuh dengan toleransi dan menyanjung tinggi martabat guru. Apa juga pandangan yang bersifat ekstrem haruslah ditolak.

Jadi apa tindakan sekalipun haruslah berlandaskan undang-undang. Saya menyeru semua untuk mengenepikan emosi dan dan sentimen kerana saya percaya sebagai masyarakat yang maju, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mengutamakan perpaduan dan keluhuran undang-undang.

YB Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia
26 Jun 2019


Sumber: FB Dr Maszlee Malik
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rotan murid, semua perlu bertindak adil kepada murid dan guru - Maszlee"

Posting Komentar