Loading...
Nik Faisal Ariff Kamil adalah "perantara" antara lembaga pengarah SRC International dengan bekas perdana menteri Najib Razak, kata saksi perbicaraan Ismee Ismail.
Ismee yang merupakan bekas pengerusi lembaga pengarah syarikat itu, berkata Najib menjadi "advisor emeritus" kepada SRC International dan pada tahap tertentu memiliki kuasa eksekutif.
"Bagi SRC, sebarang keputusan lembaga pengarah perlu mendapat nasihat daripada advisor emeritus, iaitu Najib.
"Jika terdapat sebarang perkara yang perlu dibawa ke perhatian Najib, tindakan tersebut akan dilakukan oleh Nik Faisal sahaja kerana hanya dia akan bertindak sebagai 'link' antara lembaga pengarah dan Najib.
"Tindakan melaporkan sebarang perbincangan atau keputusan berkaitan SRC akan dibuat oleh Nik Faisal sahaja kepada Najib," katanya dalam keterangan saksi yang dibaca di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
>
Loading...
0 Response to "Rupanya Ini Pengantara Najib Dan SRC International"
Posting Komentar