Loading...

Tragedi Kuala Koh, Mangsa Ke 15 Meninggal Dunia

Loading...
Seorang kanak-kanak Orang Asli berusia tiga tahun dari Kampung Kuala Koh yang dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, telah meninggal dunia petang semalam.

"Unit Forensik hospital akan melakukan bedah siasat pada hari ini untuk mengesahkan sebab kematian.

"Jumlah keseluruhan mangsa orang asli dari Kuala Koh yang telah meninggal dunia adalah 15 orang," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (Jakoa) akan menguruskan bantuan kepada keluarga Nasri A/L Rosli itu.

Beliau juga menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Nasri.

Pihak berkuasa masih belum memastikan punca kematian tetapi mangsa dilaporkan mengalami kesukaran pernafasan dan radang paru-paru.

Kampung Kuala Koh juga telah diisytiharkan sebagai zon merah dengan hanya jabatan kerajaan tertentu sahaja yang dibenarkan masuk. -mk




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi








Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tragedi Kuala Koh, Mangsa Ke 15 Meninggal Dunia"

Posting Komentar