Loading...

Guru meninggal dunia selepas main hoki di Karnival PSKPP

Loading...
MUKAH: Seorang guru yang terlibat dalam Karnival Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Sarawak (PSKPP) Peringkat Jabatan Pendidikan Mukah meninggal dunia semalam.

Guru terbabit rebah sejurus bermain hoki sekitar jam 11.40 pagi semalam di gelanggang serba guna Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mukah.


Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata, guru terbabit yang dikenali sebagai Hadefi Daud, 45, terlibat dalam karnival sejak pagi semalam dan pengsan ketika berehat selepas perlawanan hoki.

“Setelah selesai bermain, mangsa berehat bersama rakan-rakan dan kemudian pengsan dan dibawa ke Hospital Mukah namun disahkan meninggal dunia,” katanya di sini semalam.

Mangsa merupakan seorang guru yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkalan Lobang, Mukah dan beralamat di Kampung Medong, Dalat.

Hasil siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku semasa kejadian.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan dikesan,” katanya.

Mayat mangsa berada di Hospital Mukah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber: Utusan Borneo
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Guru meninggal dunia selepas main hoki di Karnival PSKPP"

Posting Komentar