Loading...

KEMASKINI kes video waris serang guru di SMK Gunung, Bachok

Loading...
Tular sebuah video seorang guru yang diserang oleh waris di dalam kawasan sekolah.

Menurut sumber FB Cekgu Jie:

Kisahnya....

"Anok sedara kena gantung.. perlu hadir bersama penjaga utk t.tangan akujanji.. penjaga x hadir.. pelajar tmt tempoh gantung hadir tanpa penjaga......"
Update Keterangan Kes:

1. Dua orang lelaki Melayu telah menyerbu masuk ke kawasan sekolah.

2. Kebetulan PKP En. Sirajudin baru hendak pulang selepas sesi pemantauan kelas tambahan Tingkatan 5.

3. En Sirajudin telah diheret dan dipegang oleh seorang lelaki melayu. Berlaku perbalahan mulut antara PKP dan lelaki tersebut. Ini berpunca dari salah faham apabila isteri beliau memaklumkan bahawa beliau diserang oleh En Sirajudin sedangkan En Sirajudin menelefon isteri beliau untuk memaklumkan hal yang sebenar berkaitan kes gantung sekolah yang mana penjaga perlu hadir utk tandatangan aku janji bersama pelajar. Pelajar hadir tetapi penjaga tidak hadir

4. Lelaki tersebut merupakan bapa saudara kepada seorang pelajar yang terlibat dengan kes hukuman gantung sekolah.

5. Setelah diterangkan dengan jelas lelaki tersebut faham dan meminta maaf.

6. Pada masa tersebut Pengawal Keselamatan telah menyorokkan diri dari berada di tempat kejadian.

Lokasi : SMK Gunung,Bachok

Kemaskini daripada Harian Metro

SATU video seorang lelaki yang memarahi seorang guru mula tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp, sejak malam ini.

Video berdurasi 3 minit 31 saat itu memaparkan seorang lelaki memarahi seorang guru yang didakwa mengeluarkan kata kurang enak kepada isterinya.

Individu itu dikatakan saudara kepada pelajar sekolah terbabit yang sudah dikenakan tindakan gantung sekolah.

Lelaki itu mendakwa tidak mendapat surat berhubung perkara itu daripada pihak sekolah. Namun, guru itu memaklumkan sudah memberi surat berkenaan kepada pelajarnya.

Lelaki itu juga mengeluarkan kata kurang sopan kepada guru lelaki itu.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Gunung, Bachok.

Dalam video itu, lelaki yang memakai baju hitam memarahi seorang guru yang ditemani seorang lagi lelaki dan mengajak guru itu supaya menyelesaikan masalah mereka di luar sekolah.

Namun, guru itu enggan keluar dari pagar sekolah dan mahu menyelesaikan masalah mereka di kawasan sekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, setakat ini, pihaknya tidak mendapat laporan berhubung kejadian itu.

“Kita sedang membuat semakan kes itu kerana didakwa berlaku di sebuah sekolah di Gunung,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp di Kota Bharu, hari ini.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KEMASKINI kes video waris serang guru di SMK Gunung, Bachok"

Posting Komentar