Loading...

KPM pergiat kempen antivape dalam kalangan pelajar

Loading...
BANGI: Kementerian Pendidikan akan mempergiatkan kempen bagi membendung penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan pelajar sekolah.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata kementerian melalui Bahagian Sekolah Harian bersama Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah akan bekerjasama bagi menjayakan usaha berkenaan.

“Sebenarnya pada 2015 kita sudah mengeluarkan surat pekeliling berhubung rokok elektronik namun sejak akhir-akhir ini peranti vape semakin canggih sehingga sukar untuk kita membezakannya.

“Jadi di peringkat sekolah, kita akan mempergiatkan kempen anti vape, malah kita meminta bantuan serta sokongan ibu bapa dan masyarakat untuk menjayakannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Karnival Akademik Penyelidikan dan Inovasi 2019 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan gejala penggunaan rokok elektronik dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan apabila murid sekolah rendah dilaporkan mula berjinak menggunakan peranti berkenaan secara terbuka.

Malah, Timbalan Menteri Kesihata, Dr Lee Boon Chye turut mengesahkan perkara itu dan berkata jawatankuasa khas berkaitan rokok elektronik yang diketuainya, akan mencari jalan bagi mengawal penggunaan peranti itu, khususnya membabitkan pelajar berusia 18 tahun ke bawah.

Justeru, Amin berkata, kempen yang akan dipergiatkan itu adalah untuk memberi kesedaran baharu kepada pelajar sekolah, ibu bapa dan masyarakat supaya gejala penggunaan rokok elektronik tidak dijadikan kebiasaan.

“Saya berharap ibu bapa dapat memainkan peranan memantau pergerakan anak-anak mereka sekali gus dapat membendung gejala ini daripada berleluasa,” katanya.

Sumber: BH Online
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KPM pergiat kempen antivape dalam kalangan pelajar"

Posting Komentar