Loading...

Mahathir Tetap Berpegang Pada Janji

Loading...
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berikrar tidak akan memungkiri janji untuk menyerahkan pucuk kepimpinan negara kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Ini selepas saluran berita antarabangsa Turki TRT menyoalnya mengenai video seks yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dan kaitannya dengan rancangan peralihan kuasa.

"Saya tidak akan memungkiri janji sendiri. "Apa pun yang berlaku, saya akan berpegang pada ikrar saya," katanya.

Diminta mengulas hubungan rumitnya dengan Anwar, yang menyaksikan kedua-dua mereka terheret dalam dua dekad permusuhan politik, beliau menjawab: 

"Saya sudah pun bersetuju bahawa apabila saya undur, dia akan mengambil alih daripada saya sebagai perdana menteri."

"Itu janji yang saya buat dan saya akan kotakan janji itu," katanya.

Wawancara dengan TRT itu dirakamkan pada 29 Julai, hari yang sama Azmin menyuarakan sokongannya berhubung cadangan Umno dan PAS supaya Mahathir terus kekal sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum ke-15.

Mengulas peralihan kuasa itu, Mahathir mengimbas bagaimana parti-parti Pakatan Harapan bersatu untuk memerangi bekas perdana menteri Najib Razak.

"Melawan Najib lebih penting daripada hubungan peribadi kami," katanya.

Spekulasi bertiup kencang kononnya video seks yang tersebar itu berkaitan dengan perebutan jawatan perdana menteri berikutan dakwaan Mahathir mahu Azmin menggantikannya

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, yakin bahawa mereka yang bertanggungjawab menyebarkan video itu adalah dari kalangan dalaman parti berkenaan.

Keadaan itu semakin bercelaru selepas Anwar berkata Azmin harus meletakkan jawatan jika terbukti bahawa dia adalah lelaki yang terlibat dalam perbuatan seksual songsang dalam video tersebut.

Walaupun siasatan polis mendapati video itu adalah sahih, namun proses pengecaman muka, gagal mengaitkan Azmin sebagai individu dalam rakaman berkenaan.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador juga mendedahkan kewujudan konspirasi yang didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik untuk menjejaskan reputasi Azmin dan ratusan ribu ringgit dibelanjakan untuk menghasilkan video itu.

Walaupun Anwar menafikan penglibatan, setiausaha politiknya adalah antara mereka yang ditahan berkaitan dengan kes itu. - mk




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi








Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mahathir Tetap Berpegang Pada Janji"

Posting Komentar