Loading...
SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik digesa menangguhkan penstrukturan semula kementerian itu termasuk Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi pegawai bergred DG42 ke bawah yang dijangka berlaku bulan ini.
Wakil kumpulan itu daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang enggan dikenali berkata, bagi pegawai JPN dan PPD bergred DG42 ke bawah mempunyai kelayakan setaraf bagi jawatan guru besar dan penolong kanan, namun timbul tanda tanya mengenai jumlah kekosongan di setiap sekolah di negeri itu.
"Jumlah pegawai bergred DG42 ke bawah bakal dikeluarkan daripada JPN dan PPD lebih 200 orang sedangkan jumlah kekosongan bagi jawatan guru besar dan penolong kanan hanya 26 sahaja di Selangor.
"Perkara ini bukan hanya berlaku di Selangor sebaliknya di semua negeri. Pegawai daripada JPN dan PPD dikeluarkan ini akan mengalami penurunan gred dan menjadi guru akademik biasa sedangkan mereka sebelum ini pernah menjadi guru besar di sekolah," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, penurunan gred ini biasanya berlaku kepada guru-guru yang dikenakan tindakan tatatertib sahaja.
"Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib. Mengapa gred kami perlu diturunkan," katanya.
Beliau mendakwa, berdasarkan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan 2015-2025, penstrukturan semula dan penempatan pegawai JPN dan PPD ini akan dilakukan secara berperingkat (soft landing).
"Mengapa ia dipercepatkan. Adakah pembuat dan pelaksana keputusan penstrukturan semula tentang nasib lebih 5,000 pegawai yang mempunyai bergred DG42 ke bawah yang digerakkan ke sekolah?
"Penstrukturan semula beberapa kali menggegarkan Kementerian Pendidikan, JPN dan PPD iaitu sejak di bawah pentadbiran kerajaan lama, namun intipatinya berkisar kepada usaha memperkasakan dua jabatan ini.
"JPN dan PPD semakin kecil dan mereka menggunakan formula seorang pegawai gred DG44 boleh melakukan dua atau tiga tugas pegawai daripada DG42. Formula ini sangat lucu kerana kami sedang melakukan pelbagai tugas tersebut sehingga tidak cukup masa untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat," katanya.
Tambahnya, penerangan mengenai penstrukturan semula pegawai tersebut hanya diketahui melalui percakapan daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain dalam pelbagai versi.
"Kami tidak dipanggil untuk berunding dan bermusyawarah. Mereka melakukan secara sembunyi-sembunyi, tapi sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri lalu ada perjumpaan di peringkat sektor.
"Penerangan diberikan menerusi pembentangan layar atau apa-apa surat arahan tentang penstrukturan daripada Kementerian Pendidikan. Apa yang disebut ialah waran perjawatan sudah turun," katanya.
Jelasnya, hanya pegawai DG44 ke atas dan pegawai tadbir diplomatik (PTD) bergred M41 ke atas sahaja berada di Kementerian Pendidikan, JPN dan PPD.
"Kebanyakan mereka sangat muda dan kurang pengalaman serta tidak tahu situasi sebenar tentang dunia pendidikan," katanya.
Tambahnya, emosi pegawai yang dikeluarkan daripada Kementerian Pendidikan, JPN dan PPD akan terganggu.
"Mereka sudah lama melakukan tugas pengurusan, malah ada yang akan bersara dalam tempoh kurang daripada lima tahun tetapi terpaksa menjadi guru biasa.
"Persepsi negatif guru dan pentadbir sekolah kepada pegawai JPN serta PDD yang digerakkan sebagai guru akademik biasa di sekolah kerana mereka pastinya menganggap ia ada kaitan dengan masalah atau dikenakan tindakan tatatertib," katanya.
Sumber: Sinar Harian

0 Response to "Menteri digesa tangguh penstrukturan kementerian, JPN dan PPD"
Posting Komentar