Loading...

Petanda Umno Berkubur Selamanya?

Loading...
Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kembali menyambung tugas sebagai presiden Umno hari ini.

Beliau yang menyerahkan tugas presiden kepada timbalannya Mohamad Hasan pada Disember lalu membuat pengumuman itu di acara Hari Raya Aidilfitri di Bagan Datuk, Perak hari ini.

"Oleh kerana hari ini genap setahun saya dipilih, bukan dilantik, oleh perwakilan Umno seluruh negara (untuk menjadi presiden), maka (tempoh) genap setahun ini cukup signifikan dan penting bagi saya.

"Oleh itu pada 30 Jun 2019 (hari ini) saya ingin mengumumkan bahawa saya menamatkan cuti sebagai presiden Umno mulai hari ini.
Iklan

"Ini bererti mulai hari ini saya akan menyambung tugas sebagai presiden Umno," katanya disambut tepukan.

Zahid mengumumkan bercuti daripada menjalankan tugas pada 18 Disember lalu ketika desakan agar beliau meletakkan jawatan.

Ia susulan tindakan beberapa anggota parlimen Umno keluar parti serta kritikan bahawa Umno tiada hala tuju di bawah pimpinannya.

Pengumuman Zahid ini - enam bulan setelah peralihan tugas itu - berisiko membuka semula pertembungan dalam Umno.

Beberapa jam sebelum pengumumannya, bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata Zahid perlu meminta pandangan Majlis Tertinggi parti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

"Tapi dari segi moral perlu dibincang dalam mesyuarat MT, Zahid bercuti dan MT yang menjalankan tugas dan tidak adil jika MT tak ada pandangan.

"Untuk nyatakan semata-mata keputusan Zahid saya kurang setuju, sebab selama beberapa bulan termasuk tiga pilihan raya kecil (PRK) lepas kita memang di bawah Tok Mat (Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan) dan MT," katanya yang dilihat sebagai pemimpin parti yang rapat dengan Mohamad.

Khairy mengulas kenyataan bekas presiden Najib Razak bahawa Zahid bebas kembali menerajui Umno walaupun tanpa persetujuan MT.

Najib dan Zahid kini berdepan sejumlah dakwaan rasuah di mahkamah. - mk







Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi









Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Petanda Umno Berkubur Selamanya?"

Posting Komentar