Loading...
Kementerian Kewangan akan mula membuka tempoh rayuan bagi Program Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019, yang mana tempoh rayuan itu akan dibuka bermula 1 Julai sehingga 15 Ogos 2019, yang akan memberi ruang kepada mereka yang tidak layak sebelum ini mengemukakan rayuan.
Mereka yang mahu merayu perlu membawa bersama dokumen berkaitan untuk proses pengesahan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
Permohonan rayuan jugabboleh dibuat secara atas talian di portal BSH, bsh.hasil.gov.my atau hadir ke mana-mana cawangan, Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Kategori Tidak Layak BSH
Berikut senarai penuh 12 kategori tidak layak memohon Bantuan Sara Hidup tahun ini.
BSH akan melakukan proses verifikasi melalui agensi-agensi seperti JPJ, JPN, SSM untuk urusan pengesahan butiran maklumat.
Sekiranya didapati anda memberikan maklumat palsu, permohonan anda boleh ditolak serta merta. Jadi sila jujur ketika mengisi borang permohonan BSH nanti.
Dan untuk makluman juga, BSH hanya untuk tiga golongan berikut sahaja:
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: 1 | 2

- Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan
- Menetap di luar negara
- Bujang berumur 59 tahun ke bawah
- Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
- Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
- Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
- Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
- Pemegang saham / pengarah syarikat
- Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
- Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
- Memiliki motosikal melebihi 500cc
- Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000
BSH akan melakukan proses verifikasi melalui agensi-agensi seperti JPJ, JPN, SSM untuk urusan pengesahan butiran maklumat.
Sekiranya didapati anda memberikan maklumat palsu, permohonan anda boleh ditolak serta merta. Jadi sila jujur ketika mengisi borang permohonan BSH nanti.
Dan untuk makluman juga, BSH hanya untuk tiga golongan berikut sahaja:
- Kategori 1: Isi rumah berpendapatan RM2,000 dan ke bawah (Jumlah bantuan RM1,000 + RM120/anak)
- Kategori 2: Isi rumah berpendapatan RM2,001 hingga RM3,000 (Jumlah bantuan RM750 + RM120/anak)
- Kategori 3: Isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 (Jumlah bantuan RM500 + RM120/anak)
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
- Pesakit B40 Boleh Tuntut RM8,000 Jika Ada 36 Penyakit Kritikal Ini
- Maksud B40, M40 Dan T20 Berdasarkan Jumlah Pendapatan Isi Rumah Di Malaysia
sumber: 1 | 2
Loading...
0 Response to "Rayuan BSH Bermula 1 Julai Sehingga 15 Ogos 2019"
Posting Komentar