Loading...

Wan Ji Dibebaskan

Loading...
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menerima permohonan pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 1 tahun yang dikenakan ke atasnya Selasa lalu.

Keputusan itu dibuat oleh hakim Abdul Halim Aman.

Wan Ji kelihatan tenang ketika keputusan dibuat oleh Abdul Halim dengan disaksikan ahli keluarga dan penyokong beliau.

Terdahulu, peguam Radzlan Jalaluddin membuat permohonan lisan untuk menangguhkan sabitan hukuman sehinggalah selesai rayuan terhadap keputusan itu.

Bagaimanapun, Abdul Halim mengarahkan pasukan pembelaan untuk memfailkan permohonan rasmi bagi tujuan penangguhan hukuman itu.

Abdul Halim turut mengenakan sekatan keluar negara ke atas Wan Ji sehingga proses rayuannya selesai.

Wan Ji bagaimanapun mengaku tidak memiliki pasport untuk diserahkan kepada mahkamah dengan berkata sudah 7 tahun beliau tidak ke luar negara.

Kes ini menjadi tumpuan serta mendapat kritikan pelbagai pihak yang mengecam kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana gagal memansuhkan Akta Hasutan seperti dijanjikan gabungan itu.

Hukuman penjara ke atas Wan Ji turut dikritik oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim yang berkata ia terlalu keras dan tidak konsisten dengan reformasi demokratik.

Katanya, ini memandangkan kerajaan PH berjanji untuk memansuhkan akta terbabit sebelum ini.

Pada 9 April 2018, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 9 bulan ke atas Wan Ji kerana memuat naik perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah, termasuk membabitkan isu agama di Facebook pada 5 November 2012.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

Untuk kesalahan ke-2 dan seterusnya beliau boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 5 tahun jika sabit kesalahan.

Wan Ji ialah ahli Dewan Ulama PAS Selangor sebelum menyertai PKR pada Julai 2015.

Beliau kemudian dilantik sebagai pegawai penerangan di pejabat ketua menteri Pulau Pinang pada September 2017. - fmt





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi








Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Wan Ji Dibebaskan"

Posting Komentar