Loading...
PAS menganggap jawapan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkaitan permintaan ekstradisi Zakir Naik sebagai “jaminan” terhadap penceramah kontroversi itu.
Parti itu justeru mempersoalkan sokongan veteran DAP Lim Kit Siang yang menyokong saranan supaya Zakir meninggalkan Malaysia secara sukarela.
"Saya pernah bertanya kepada menteri dalam negeri mengenai isu ekstradisi Zakir pada bulan Julai lalu.
"Menerusi satu jawapan yang dikemukakan oleh menteri dalam negeri, Zakir masuk dan keluar dari Malaysia melalui saluran sah yang telah diperuntukkan oleh undang-undang.
“Kerajaan juga tidak memberikan apa-apa layanan istimewa kepada beliau.
"Selain itu, pihak kerajaan juga berhak untuk tidak memenuhi permintaan ekstradisi kerajaan India kerana ia bersifat politik dan menepati Artikel 6 Perenggan (1) (a) Triti Ekstradisi," kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.
Zakir dikehendaki kerajaan India bagi berdepan pertuduhan pengubahan wang haram di negara itu.
Sementara itu, Tuan Ibrahim juga berkata kerajaan juga berhak untuk tidak menyatakan keperluan sebab penolakan ekstradisi.
"Hal ini menunjukkan apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah tepat," katanya. - mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Loading...
0 Response to "PAS Sokong Tindakan Kerajaan"
Posting Komentar