Loading...

5 Punca Hati Resah Tanpa Sebab

Loading...
Pernahkah anda tiba-tiba berasa bimbang tanpa sebarang sebab yang nyata? Pernahkah juga jantung anda berdenyut-denyut dengan pantas dan keadaan ini menyebabkan anda menjadi panik, resah dan takut tidak tentu pasal?

Keresahan tiba tiba

Menurut portal kesihatan WebMD, apabila seseorang mengalami rasa resah dan bimbang, dia boleh mengalami keadaan seperti yang dinamakan di bawah:

1. Gangguan kebimbangan umum (GAD)

Mereka yang mempunyai GAD cenderung bimbang secara berlebihan mengenai kesihatan, kewangan, keluarga atau kerja walaupun tidak ada alasan untuk berbuat demikian.

2. Gangguan obsesif kompulsif (OCD)

Individu yang mempunyai OCD tidak dapat mengawal kitaran pemikiran. Ia turut mengganggu kehidupan seseorang kerana bersikap obsesi secara keterlaluan dan bersikap kompulsif secara berulang.

3. Gangguan panik dengan agoraphobia

Serangan panik (diperincikan sebagai serangan ketakutan secara tiba-tiba, sesak nafas, sensasi tercekik, jantung berdebar dan rasa takut hilang kawalan atau rasa seperti naik gila) boleh berlaku pada bila-bila masa dan berlangsung sekitar 10 hingga 20 minit setiap kali.

4. Gangguan tekanan post-traumatic (PTSD)

Keadaan ini sering memberi kesan kepada mereka yang mengalami trauma ekstrem disebabkan oleh peperangan, bencana alam dan serangan.

5. Fobia sosial (atau gangguan kecemasan sosial)

Fobia sosial ini dikelaskan sebagai kebimbangan yang melampau dan kesedaran diri dalam setiap situasi sosial.

Wanita lebih cenderung menghadapi gangguan kebimbangan berbanding lelaki

Penyelidik di University of Cambridge mendapati wanita lebih cenderung diserang rasa cemas dan bimbang berbanding lelaki.

Walaupun puncanya tidak jelas, namun para penyelidik pecaya ia mungkin disebabkan perbezaan sebatian kimia otak antara kedua-dua jantina.

Faktor risiko lain termasuk strata sosioekonomi yang rendah, golongan pertengahan umur, mereka yang mengalami peristiwa kehidupan negatif seperti kegagalan hubungan atau keguguran, kehilangan kerja atau penyakit dan ditinggalkan orang yang disayangi.

Dalam situasi seperti di atas, kebimbangan dan rasa cemas berlaku secara semula jadi dan didapati memberi kesan yang lebih kepada wanita.

Kajian itu juga menjelaskan, individu yang mengalami peringkat awal gangguan kebimbangan, tidak akan menjejaskan kehidupan normal.

"Dia dapat pergi ke pejabat dalam keadaan gangguan kecemasan atau kebimbangan melangkah masuk ke meja, tetapi mungkin produktivitinya tidak cukup baik walaupun boleh membuat tugasnya.

"Tetapi apabila keadaan itu bertambah rumit, ia boleh mengganggu aktiviti harian sehingga tidak ada motivasi ke pejabat mahupun duduk di meja kerja dan meneruskan tugas."

Masalah gangguan kebimbangan ini sama seperti masalah kesihatan mental yang lain, berpunca daripada pelbagai sebab. Ia termasuk perubahan dalam tekanan sekitar otak, dan genetik.

Gangguan ini boleh berlaku dalam keluarga dan dikesan dalam DNA seseorang.

Jika anda dapat merasakan mengalami gangguan kebimbangan secara melampau, segera dapatkan bantuan pakar.

Ubatan atau rawatan tertentu seperti meditasi dapat membantu anda mengawal masalah ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: fmt

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "5 Punca Hati Resah Tanpa Sebab"

Posting Komentar