Loading...

Guru lelaki maut ketika water rafting

Loading...
Gambar hiasan via MyAdventureHost
GOPENG 15 Sept. - Seorang guru lelaki mati lemas ketika menyertai aktiviti 'water rafting' di Sungai Jahang di Kampung Jahang dekat sini semalam.
Kejadian pada pukul 5 petang itu berlaku ketika mangsa, Ahmad Khairudin Ayob, 47, bersama 14 yang lain termasuk tiga wanita mengikuti aktiviti itu dengan menggunakan tiga buah bot.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, bot kedua yang dinaiki mangsa bagaimanapun terbalik kira-kira 500 meter dari tempat pelepasan di Kuala Razila.

Katanya, mangsa kemudiannya dihanyutkan lebih kurang satu kilometer sebelum dapat diselamatkan oleh krew bot pertama.

"Seorang krew segera memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada lelaki itu namun tiada sebarang tindak balas daripada mangsa.

"Pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Gopeng yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 7 malam kemudiannya mengesahkan kematian mangsa," katanya di sini hari ini.

Menurut Hasron Nazri, pemeriksaan fizikal ke atas mayat guru Sekolah Kebangsaan (SK) Limbongan, Melaka itu tidak menemui sebarang unsur jenayah untuk disabitkan dengan kematian mangsa.

Katanya, siasatan mendapati, ketika kejadian berlaku air Sungai Jahang adalah deras ekoran cuaca hujan sebelum itu.

"Maklumat awal daripada saksi memberitahu bot yang dinaiki mangsa bersama enam yang lain telah melanggar tebing lalu gagal dikawal dan terbalik.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital kampar untuk bedah siasat dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Sumber-UTUSAN ONLINE
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Guru lelaki maut ketika water rafting"

Posting Komentar