Loading...

Mengenali Ayam Kampung Kacuk Dan Ayam Kampung Biasa

Loading...
Banyak tanggapan yang salah tentang ayam kampung kacuk ini, kerana ada setengah yang fikir ayam kampung kacuk sama dengan ayam pedaging. Ini tanggapan yang tidak tepat kerana ayam kampung tetap ayam kampung.

Ayam Kampung Kacuk

Kenapa ayam kampung kacuk lebih besar? kenapa kacuk? Yang dinamakan ayam "kacuk" itu sebab cross-breed yang dibuat antara ayam kampung biasa dengan ayam kampung yang lebih besar.

Tujuannya adalah untuk penghasilan daging yang lebih banyak, sebagai contoh, ayam kampung jenis saigon dikacuk dengan ayam kampung berbaka badan besar dengan kuantiti daging yang lebih banyak.

Perkembangan dunia penternakan ayam kampung telah mendorong penternak-penternak ayam kampung untuk mengkaji dan menghasilkan baka ayam kampung yang lebih baik, oleh itu wujudlah ayam kampung yang bersaiz besar dengan daging yang lebih banyak.

Disebabkan kurang maklumat tentang perkembangan ini, maka ramai yang masih beranggapan ayam kampung kacuk ini bersaiz kecil (tidak lebih 1.2kg seekor).

Tiada beza yang besar antara ayam kampung kacuk dan ayam kampung biasa, bezanya cuma ayam kampung original memerlukan masa 6 bulan untuk dijual tetapi ayam kampung kacuk hanya 3 bulan sahaja.

Walhal, ayam kampung kacuk yang dijual pada usia 90 hari atau pada berat 1.5kg ini masih ANAK AYAM, sepatutnya umur matang bagi ayam kampung ialah 6 bulan, sebab itulah rasanya tidak semanis ayam kampung original.

Cuba bela ayam kampung kacuk sehingga umur 6 bulan, pasti rasanya sama.

Protein

Teknik penjagaan antara ayam kampung original lebih bebas, ayam akan dibebaskan mencari makan sendiri, ada juga yang menyediakan baki makanan dari rumah untuk ayam ini.

Oleh itu, ayam kampung ori akan mengambil masa yang agak lama untuk membesar disebabkan sumber protien yang terhad.

Walau bagaimanapun, ayam kampung kacuk biasanya dibela untuk tujuan dijual, maka penternak akan menyedia dan mengawal diet pemakanan ayam ini sehingga mencapai berat tertentu (biasanya pada berat purata 1.5kg).

Teknik penjagaan ayam kampung kacuk juga lebih teratur, kandungan protien dalam makanan konsisten, oleh itu ayam akan membesar dengan pantas pada usia yang lebih muda.

Reban

Ayam kampung ori biasanya bebas, tidak diletak dalam reban kurung. Aktiviti ayam ini menyebabkan protien membentuk menjadi daging yang kenyal dan lemak sangat kurang (lemak tak sempat terbentuk disebabkan aktiviti ayam yang aktif).

Sebab itu saiz ayam kampung ori lebih kecil dan ringan. Manakala ayam kacuk pula, kebiasaannya diternak dalam reban yang dikhaskan, ayam tidak dibebaskan dan makanan disediakan.

Aktiviti ayam kampung kacuk ini lebih terhad, jadi proses pembesaran akan konsisten.

Kenapa ayam di kurung? Bagi penternakan ayam kampung secara komersial, ayam perlu dikurung mengikut umur/batch, tujuannya untuk mengelakkan ayam bergaduh untuk makanan dan memudahkan proses menuai apabila ayam mencapai umur atau berat tertentu. Selain itu, kualiti ayam juga dapat diseragamkan.

Secara keseluruhannya, tiada beza antara ayam kampung ori dan ayam kampung kacuk.

Ayam kampung ori sekiranya diberi makanan seperti mana ayam pedaging, ia juga akan sebesar ayam pedaging.

Pemakanan ayam ini yang banyak mempengaruhi kualiti rasa daging ayam kampung.

Melainkan ayam kampung diberi suntikan atau makanan tambahan penggemuk, mungkin kualiti rasanya akan berubah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: fb

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mengenali Ayam Kampung Kacuk Dan Ayam Kampung Biasa"

Posting Komentar