Loading...
SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Aziz, Simpang Empat di Alor Setar, menjadi sekolah pertama di Kedah menggunakan mesin pengimbas wajah bagi merekodkan kedatangan pelajar dan guru.
Pengetuanya, Nur’asikin Othman berkata, mesin pengimbas wajah yang dilancarkan pada 27 Ogos lalu, bagaimanapun terhad kepada 100 pengguna sahaja.
Ini kerana, katanya, mesin terbabit adalah alternatif yang diambil bagi mengatasi masalah pelajar dan guru yang tidak dapat menggunakan mesin pengimbas jari yang digunakan sebelum ini.
“Ada sesetengah pelajar dan guru yang mempunyai masalah cap jari mereka tidak dapat dibaca oleh mesin berkenaan.
“Jadi mesin pengimbas wajah ini lebih efektif kerana pengguna hanya perlu berdiri di hadapan mesin berkenaan untuk diimbas wajah,” katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan, hari ini.
Nur’asikin berkata, sehingga kini ada lima mesin pengimbas dipasang di sekolah berkenaan, iaitu empat mesin pengimbas jari sekitar perkarangan bangunan sekolah, manakala satu mesin pengimbas wajah di pejabat.
Beliau berkata, kedua-dua mesin itu sangat membantu mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar berikutan pihaknya mewajibkan pelajar bermasalah di sekolah menggunakan mesin pengimbas wajah untuk merekodkan kehadiran mereka.
“Jika sebelum ini mereka ambil ringan apabila kita merekodkan kedatangan melalui imbasan cap jari tetapi dengan sistem imbasan wajah ini, mereka akan rasa undang-undang sekolah lebih ketat kerana wajah mereka diimbas di mesin terbabit.
“Ini bermakna sebarang kesalahan yang mereka lakukan, guru dapat mengenal pasti identiti mereka dengan lebih mudah.
“Apatah lagi mesin ini dihubungkan dengan aplikasi Pepatih MySekolah yang mana segala rekod kedatangan dan masalah disiplin pelajar disimpan dalam aplikasi berkenaan,” katanya.
Mengulas lanjut, Nur’asikin berkata, sejak sekolahnya mengambil inisiatif berkenaan, masalah pelajar pulang awal sebelum tamat sesi persekolahan dapat dicegah.
Katanya, peratus pelajar ponteng kelas juga sudah berkurangan, ini kerana semua guru boleh membuat laporan ke dalam aplikasi ini sekiranya ada pelajar yang ponteng ketika kelasnya berlangsung.
“Laporan itu pula akan diterima oleh saya dan juga guru disiplin dengan lebih cepat dan mudah,” katanya.
Sementara itu, pelajar Tingkatan Enam, Siti Mahfuzah Hamdan, 18, berkata, dia bangga dengan inisiatif yang diambil sekolah dan ia patut dicontohi oleh sekolah lain.
Katanya, sebelum ini jarinya gagal diimbas mesin cap jari, namun dengan mesin baharu itu, ia dapat merekodkan kehadiran guru dan pelajar lain yang mempunyai masalah yang sama.

0 Response to "Sekolah pertama guna mesin imbas wajah untuk kehadiran"
Posting Komentar