Loading...

UMNO - Jangan hukum mati, biaq dia mampuih sendiri...

Loading...
Image result for merdeka animated gif


Saya bersetuju dengan Ahli Parlimen DAP Kepong Lim Lip Eng yang mana kerajaan tidak sepatutnya membatalkan pendaftaran UMNO kerana kesalahan para pemimpinnya. Namun begitu, politik kotor parti tersebut haruslah dibendung. 

Saya percaya bahawa kerajaan Pakatan Harapan harus mengambil kedudukan yang lebih tinggi dan berikan ruang dan masa untuk UMNO memperbetulkan salahlakunya. 

Sepanjang lima tahun di antara 2013 sehingga 2018, DAP pernah menghadapi situasi yang sama di mana Kabinet Najib mempertimbangkan pembubaran secara haram parti ini berdasarkan pelbagai tuduhan yang dibuat-buat. 

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013 yang lalu, rejim Najib hanya berubah fikiran pada saat terakhir daripada keputusan untuk mengharamkan penggunaan simbol roket DAP pada PRU tersebut. 

Sebelum PRU14, rejim Najib merasakan sangat yakin dengan kebolehan mereka untuk memenangi sehingga ⅔ kerusi Parlimen sehingga mereka memutuskan untuk tidak menggantung pendaftaran DAP — yang berasaskan tuduhan kononnya pilihan raya dalaman parti pada Disember 2012 dilaksanakan dengan cara yang tidak demokratik dan melanggar undang-undang — dan sebaliknya memilih untuk mengharamkan Parti Bersatu yang baru ditubuhkan. 

Ugutan penggantungan pendaftaran selama lima tahun tersebut merupakan satu penyalahgunaan kuasa yang sangat jelas sekali dan tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, urus tadbir yang baik dan kedaulatan undang-undang. 

Tidak ada negara dalam dunia ini di mana Pendaftar Pertubuhannya memaklumkan sebuah parti politik bahawa pilihan raya parti peringkat kebangsaannya yang dijalankan lebih daripada empat tahun yang lepas itu tidak sah lalu memaksa parti tersebut untuk mengadakan satu pilihan raya parti yang baru. 

Bukan tahun 2020... 2018 UMNO dah kojol...

Terdapat juga cadangan daripada mereka yang rapat dengan Najib yang mencadangkan supaya saya bersara daripada politik bagi menghentikan segala malapetaka ini. 

Saya percaya bahawa dendam tidak mempunyai tempat dalam politik dan saya berharap ahli-ahli dan pemimpin UMNO tidak perlu menghadapi seksaan “hukuman mati” yang dihadapi oleh ahli-ahli dan pemimpin DAP selama lima tahun sebelum PRU14. 

Di dalam sebuah demokrasi, biarlah pengundi yang memilih sama ada mereka berhasrat untuk menghumban sesebuah parti politik itu ke dalam tong sampah. 

Kerana inilah saya bersetuju dengan Lim Lip Eng — jangan batalkan pendaftaran UMNO tapi biarlah ia musnah dengan sendirinya memandangkan UMNO kini berada dalam peringkat lanjut proses memusnahkan dirinya apabila ia melancarkan kempen klepto-teokrasi bersama dengan PAS. 

UMNO telah hilang kegemilangannya, di mana ia dilihat sebagai juara golongan Bumiputera, kini UMNO telah hilang arah tujuannya apabila ia mengabaikan perjuangan untuk menaikkan taraf hidup orang Melayu dan memilih untuk hanya mengkayakan kroni UMNOPutera dan menjadikan Malaysia sebuah negara model kleptokrasi global. 

Inilah sebabnya kenapa Presiden UMNO sedang menghadapi 87 tuduhan rasuah dan digelar sebagai Raja Tuduhan Rasuah, dan bekas Presiden UMNO sendiri menghadapi 42 tuduhan rasuah, dengan Setiausaha Agung parti tersebut juga bakal menghadapi perbicaraan rasuahnya yang tersendiri — bersama dengan ramai lagi pimpinan UMNO yang menghadapi tuduhan masing-masing. 

Dengan segala pertuduhan ini, mereka melancarkan kempen “MALU APA BOSSKU” tanpa sekelumit rasa malu sekalipun!

Semasa saya sedang menunggu penerbangan saya di Lapangan Terbang Subang pada hari Ahad, saya terserempak dengan seorang pemimpin UMNO yang bersetuju dengan saya mengenai semua isu rasuah tersebut tetapi beliau tidak bersetuju dengan saya mengenai perkara lain. Saya berfikir sejenak mengenai komen beliau memandangkan beliau merupakan seorang Menteri di dalam Kabinet Pertama Najib di antara tahun 2009 sehingga 2013. 

Related image
Kalu lah Najib menang PRU14 hari tu, satu dunia TAK akan tau 
rahsia² dan perbuatan² si Najib dan Jho Low ni... 

Walaupun beliau boleh untuk mengaku tidak mengetahui mengenai skandal 1MDB memandangkan skandal tersebut hanya muncul secara besar-besaran mulai tahun 2015, UMNO tidak ada melakukan apa-apa langsung sepanjang 18 bulan yang sudah berlalu sejak PRU14 untuk mengutuk dan menjauhkan dirinya daripada skandal 1MDB dan memohon maaf kepada negara kerana menjatuhkan maruah negara kepada sebuah kleptokrasi global. 

Jika beliau terpilih untuk menyertai Kabinet kedua Najib, adakah beliau akan menjadi seperti Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yang baru-baru ini menyatakan kepada mahkamah yang beliau telah menyembunyikan kebenaran mengenai skandal 1MDB semasa peletakan jawatan Menteri beliau pada bulan Jun 2016 demi menjaga reputasi Perdana Menteri semasa itu, atau adakah beliau akan menjadi seperti Muhyiddin Yassin yang dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri beliau pada bulan Julai 2015 kerana menolak untuk mengikut arahan Najib mengenai skandal 1MDB?

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah menimbulkan beberapa persoalan mengenai soal kewangan UMNO, selepas UMNO dilaporkan menjual saham-sahamnya di dalam syarikat media dan UMNO kini kembali kaya sehingga dilaporkan oleh sesetengah media sebagai mempunyai lebih daripada RM2 bilion. 

Adakah perkara ini berkait dengan kenaikan kadar aktiviti media sosial dalam dua bulan yang lepas yang cuba untuk mewujudkan satu persepsi di mana Malaysia kini menghadapi satu krisis dalam pembinaan negara dengan hubungan antara kaum dan agama yang semakin tegang, sehingga wujudnya satu kempen untuk memboikot produk bukan bumiputera.

Di sebalik latar belakang perbicaraan bekas Perdana Menteri negara, kita dapat lihat kerja-kerja jutaan wang ringgit yang dibelanjakan untuk menguasai ruang media sosial. 

Tanpa sebarang ragu-ragu lagi, ini adalah satu perkara yang berkepentingan awam, terutamanya dengan pemimpin UMNO yang dahulunya pemimpin kerajaan secara terang-terangan melawan titah nasihat diraja mengenai berita palsu dan hasutan jahat dan cubaan merosakkan perpaduan negara. 

Malah, seorang bekas Mentri Besar juga telah mempersoalkan dakwaan ketegangan antara kaum di dalam negara, dengan mengatakan yang situasi di peringkat akar umbi sedang aman harmoni, tanpa berlakunya situasi di mana “orang Melayu menindas orang Cina dan sebaliknya”. 

Image may contain: 3 people, people smiling

Mungkin beliau tidak memahami apa yang saya cuba sampaikan apabila saya katakan Malaysia dalam “dunia sebenar” kelihatan amat berbeza dengan Malaysia dalam “media sosial” yang digambarkan sebagai berada di dalam polarisasi yang terburuk yang pernah dilihat dalam sejarah negara. 

Jika dilihat di Malaysia “media sosial”, negara ini kelihatan seakan-akan menunggu masa sahaja sebelum menjunam ke dalam kancah keganasan antara kaum dan agama yang dijana oleh bergunung berita palsu dan hasutan jahat yang disebarkan sepanjang dua bulan yang lepas untuk menghasut syak wasangka, kebencian dan ketakutan.

Saya telah katakan berkali-kali yang ini adalah satu gambaran yang tidak benar mengenai Malaysia, turun ke peringkat akar umbi dan kita dapat lihat yang rakyat Malaysia hidup dalam aman damai dan harmoni tanpa sebarang syak wasangka, kebencian, mahupun ketakutan antara satu kaum dengan yang lain. 

Jadi siapakah yang mencipta gambaran palsu Malaysia “media sosial” ini? Mereka adalah orang yang sama berkaitan dengan kempen untuk memboikot produk bukan bumiputera. 

Saya nasihatkan kepada bekas Mentri Besar tersebut, yang kini menghampiri dekad ketujuh untuk menyedari yang rakyat Malaysia tidaklah terlalu naif untuk mempercayai penafiannya, dan beliau bersama-sama dengan sekutunya di dalam UMNO dan PAS sepatutnya cuba untuk memahami dan bermuhasabah diri dengan apa yang telah dititahkan oleh baginda Yang di Pertuan Agong, Sultan Perak, dan Sultan Selangor baru-baru ini mengenai isu perpaduan negara, berita palsu, dan hasutan jahat. 

Sultan Perak Sultan Nazrin Syah bertitah baru-baru ini bahawa selepas 62 tahun mencapai kemerdekaan, perbuatan untuk menghasut kebencian di antara kaum dan agama masih berlaku dengan kerap. 

Image result for kapai UMNO dah karam on tumpang sekole

Baginda berkata, pelbagai provokasi yang bersifat ekstrem telah dibuat, termasuklah melalui penyebaran fitnah melalui media sosial dan penghinaan Islam dan agama-agama lain di dalam negara ini, baginda memberikan amaran bahawa perbuatan seperti ini adalah seperti memasang suatu bom yang hanya menunggu masa untuk meletup. 

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah memperingatkan rakyat Malaysia untuk tidak mudah mempercayai berita palsu dan fitnah yang disebarkan di media sosial yang boleh merosakkan keamanan dan keselamatan negara. 

Yang di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga telah bertitah bahawa Islam menggalakkan keamanan dan hubungan yang baik di dalam masyarakat, yang sepatutnya ditekankan di kalangan rakyat untuk memupuk perpaduan. 

Baginda berharap untuk melihat negara ini mencapai satu penghijrahan kepada semangat toleransi dan kerjasama yang lebih baik di antara rakyat yang pelbagai kaum yang merupakan kekuatan negara ini. 

Sudah tentu sekali, segala kempen boikot, berita palsu, dan fitnah yang belegaran di media sosial ini berlawanan dengan penghijarahan kepada semangat toleransi, kerjasama, dan perpaduan yang dikatakan oleh baginda. 

Adakah bekas Mentri Besar ini mendengar titah Yang di Pertuan Agong dan Sultan Negeri Perak dan Selangor ini? – Lim Kit Siang,Roketkini.com

Image may contain: 2 people, people smiling, text

PKR secretary-general Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail shot down PKR vice-president Zuraida Kamaruddin request for a reconciliation meeting between two factions in the PKR. Saifuddin added anyone who wish to reconcile with party president Datuk Seri Anwar Ibrahim should attend the monthly PKR meetings.

It is strange for Tun M to talk about being sensitive of each other in his National Day message but a RTM’s radio channel preaching jihad against Non Muslims! Mujahid we know is a hypocrite & Gobind fails to show us a new Malaysia.  - twitter

Image may contain: 1 person, smiling, text
Tiba-tiba...

Tersentak Mak Limah bila dia ke kedai untuk membeli bekas plastik untuk menjual nasi lemaknya. Penjual plastik itu enggan menjual bekas itu kpd Mak Limah sambil berkata, "Lu mau boikot kami, skrg saya tarak jual sama lu".

Penjual makanan Melayu di pasar mlm pun terjejas kerana terputus bekalan plastik dan rubber band. Penjual sayur dan ikan pun menghadapi masalah kerana semua alat timbang adalah Made in China dan dijual peniaga Cina. Kini mereka tidak boleh beli alat timbang baru.

Pak Maidin pula mengeluh kerana kilang mee halal milkinya tidak dpt meneruskan pengeluaran kerana pembekal tepungnya pun enggan membekal tepung kpdnya di atas alasan yg sama.

Tiba-tiba kedai mini-market Melayu kehabisan minyak masak. Pembekal minyak mngatakan bekalan botol plastik mereka terputus. Pembekal botol mereka bukan Melayu dan kini enggan memberi bekalan.

Ada kilang minyak masak milik Melayu terpaksa menghentikan pengeluaran kerana mesin memproses minyak semuanya dibekal bangsa lain. Kini mereka tidak lagi mahu menyelenggara mesin yg rosak.

Pengeluar ubat gigi melayu pun terjejas pengeluaran. Tiub yg mereka gunakan untuk mengisi ubat gigi mereka dibekalkan syarikat bukan Melayu. Kini pembekal2 tiub memboikot perniagaan2 Melayu.

Kontraktor pembinaan Melayu juga terjejas. Pengeluar simen pun memboikot kontraktor Melayu. Mana ada syarikat pengeluar simen milik Melayu? Nak beli paku pun susah. Mana ada syarikat Melayu yg mengeluarkan paku?

Operator bas sekolah Melayu mula menghadapi masalah. Mereka tidak dpt menampal tayar yg pancit kerana kebanyakan kedai tayar bukan milik Melayu. Ramai anak Melayu tidak ke sekolah. Semakin anak Melayu yg menghabiskan masa merempit.

Akhbar Harakah pula terpaksa menghentikan penerbitan. Syarikat percetakan milik Cina yg mencetak Harakah enggan mencetak Harakah. Syarikat percetakan Melayu pula tidak mahu mencetak Harakah kerana reputasi Harakah tidak membayar hutang kpd syarikat2 percetakan Melayu yg ia guna sblm ini.

Selepas 6 bulan, ahli jemaah di surau dan masjid mula gelisah. Mereka tidak dpt menggantikan selipar dan terompah di tandas dan tempat berwudhuk. Ini kerana pengeluar selipar dan terompah enggan menjual kpd org Melayu. Pengguna tandas di surau dan masjid terpaksa berkaki ayam. Ada yg mula was-was kesucian surau dan masjid.

Lebai2 mula mengatur program solat hajat perdana untuk memulihkan keadaan. Pengumuman mengenai program diumumkan melalui WA dan FB. Kedua-dua perisian yg dicipta syarikat yg pemiliknya Yahudi.

Ramailah yg pergi ke program solat hajat perdana. Ramai juga yg pergi berpakaian jubah yg Made in China. Microphone yg digunakan pula Made in Taiwan. Tok imam mengamuk bila mengetahui hal ini. Sambil menghembuskan asap rokoknya (tiada sijil halal JAKIM), tok imam mengeluarkan fatwa solat hajat tidak sah jika menggunakan microphone buatan Cina dan ahli jemaah memakai jubah buatan Cina yg dibeli di Mekah / Madinah. Maka program solat hajat perdana terpaksa dibatalkan kerana disabotaj Cina.

Tok imam kemudian memaklumkan isterinya melalui telefon Vivo buatan Cina bahawa dia akan pulang ke rumah awal. Lalu dia pun pulang ke rumah menggunakan kereta Protonnya yg dikini dimiliki syarikat Cina.

Kisah di atas adalah rekaan semata-mata, sekadar menjadi renungan bagi org2 yg berfikiran sempit...- f/bk

Image may contain: 1 person, text
Orang PASUMNO guna 'bangsa DAP' macam ni untuk sembunyikan maksud sebenar mereka - bangsa Cina. Produk yang diboikot tiada kena mengena dengan mana-mana parti, tetapi dengan kaum. Adakah MCA dan MIC sokong kempen sekutu mereka seperti ini? Apa cerita dgn penanaman besaran pokok musang king kat  Serambi Mekah oleh tokeh Cina. Dah boikot ke belum?

Image may contain: 2 people, people smiling
Image may contain: 2 people, people sitting
Boikot barang org cina. Tapi projek dan tanah lombong emas 
beri kat ore cina.Itulah kerajaang Kelantanku....
..😁😁😁

Image may contain: 3 people, people standing
cheers.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "UMNO - Jangan hukum mati, biaq dia mampuih sendiri..."

Posting Komentar