Loading...
Dentuman petir membuat telinga saya seperti pekak. Tanah yang dipijak seperti bergegar. Saya pun rebah ke dada bumi. Antara sedar dan tidak, terasa tubuh diangkat serta diusung oleh Datuk dan Haji Taslim Singasari ke perdu macang (bacang). Saya disandarkan di situ, Datuk segera memulihkan semangat saya yang hilang.
Bila terasa diri semakin pulih, saya celikkan mata. Apa yang saya lihat sungguh mengejutkan.
Lembaga yang menyerupai Suhaimi Keraba terbakar hangus dipanah petir. Hancur menjadi debu lalu diterbangkan oleh angin ke mana-mana.
Penduduk kampung berdekatan menjadi gempar. Mereka merasa sungguh takjub kerana dalam cuaca petang yang terang, boleh terjadi ledakan petir yang sungguh hebat.
"Kita sudah melihat kekuasaan Allah, sesungguhnya Allah berhak melakukan sesuatu yang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita," Pak imam yang tadi membisu mula bersuara. Matanya menatap wajah Datuk dan Haji Taslim Singasari.
"Itu pilihan sahabat saya, Pak Imam."
Nada suara Haji Taslim Singasari mengundang kehampaan.
"Itu takdir dirinya," celah Datuk.
"Apa boleh buat Haji, saya harap perkara yang terjadi di depan mata kita ni, jangan dihebohkan dengan sesiapa. Nanti boleh timbul macam-macam cerita pula," Pak Imam menatap permukaan bumi sambil menarik nafas panjang.
Pak Imam angkat kepala lalu memandang ke arah kami dengan senyuman penuh keyakinan. Dia percaya yang kami akan mematuhi permintaannya.
Pak Imam melangkah ke kaki tangga untuk naik ke rumah. Perbuatannya itu segera dituruti oleh saya, Haji Taslim Singasari dan Datuk.
Bila berada dalam rumah, bilik si mati segera kami serbu. Saya jadi bingung. Semua barang miliknya menjadi abu, bersepah-sepah seluruh bilik. Malah ada yang melekat pada dinding akibat ditolak angin.
"Jangan disentuh," Haji Taslim Singasari mengingatkan kami.
Kami terus membuka tingkap. Dua keping papan dinding yang menghala ke arah sawah dikopaknya dengan jari telunjuk.
"Kenapa rosakkan dinding rumah?" tanya Datuk.
"Biar angin masuk dan terbangkan debu-debu yang ada dalam rumah ni. Debu-debu ini tak boleh disentuh, kalau kena tubuh kita, kulit boleh terbakar dan daging badan jadi busuk," jelas Haji Taslim Singasari.
Saya segera meninggalkan bilik si mati. Beberapa minit kemudian Pak Imam, Haji Taslim Singasari dan Datuk turut keluar dari bilik si mati.
Kerana waktu Asar hampir tiba, kami terus ke masjid untuk menunaikan solat.
Atas persetujuan para jemaah yang ada, maka Haji Taslim Singasari pun disuruh menjadi imam.
Selesai sembahyang dan berdoa, para jemaah mula bercerita tentang bunyi petir yang mereka dengar. Ada bermacam-macam andaiannya dan ramalan yang mereka buat.
Kebanyakannya, dihubungkaitkan dengan kematian Suhaimi Keraba.
Ada yang mendakwa, sebelum petir meledak mereka melihat Suhaimi Keraba menari-nari di jalan raya. Ada pula yang melihat Suhaimi Keraba minum kopi dan makan laksa di warung Simpang Empat.
Cerita-cerita yang sampai ke telinga membuat saya tersenyum panjang. Betapa mudahnya, orang mengadakan cerita yang bukan-bukan, mereka pandai menggunakan kesempatan dari kematian Suhaimi Keraba yang semasa hidupnya tidak melakukan kebaikan.
Beberapa orang jemaah yang berani terus mendekati Haji Taslim Singasari dan Pak Imam.
Mereka terus mengajukan pelbagai pertanyaan tanpa mempedulikan kehadiran kami. Mungkin kerana kami orang luar.
"Minta maaf, kami tak tahu pula bunyi petir itu ada hubungan dengan si mati," itu jawapan Pak Imam pada pertanyaan mereka.
Ternyata jawapan itu tidak memuaskan hal orang yang bertanya.
"Mustahil awak tak tahu?" tanya lelaki berkulit hitam manis dengan misai lebatnya menutupi bibir atas.
Pertanyaan ditujukan khas untuk Haji Taslim Singasari mencari jawapannya di samping berusaha menjauhkan diri dari lelaki berkulit hitam yang usianya sekitar lima puluhan.
"Petir berbunyi waktu cuaca terang benderang, perkara biasa," sahut Pak Imam.
Ternyata lelaki berkulit hitam tidak puas hati kerana jawapan itu bukannya datang dari Haji Taslim Singasari.
Matahari petang yang memancar membuat dahi saya dan Datuk berpeluh. Pak Imam merenung ke arah kolah masjid.
"Bagi saya, itu bukan perkara biasa," lelaki berkulit hitam manis bersuara.
Dia menatap wajah Pak Imam dan Haji Taslim Singasari.
"Kenapa awak kata macam tu?” Datuk ajukan pertanyaan pada lelaki berkulit hitam manis.
Dia tidak berminat mahu bercakap dengan Datuk. Mungkin kerana Datuk orang luar. Datuk dan Pak Imam berpandangan. Akhirnya mereka tersenyum.
"Bagi saya," ulang lelaki berkulit hitam.
"Perkara itu ada kaitannya dengan sahabat Pak Haji yang mati. Dia tu manusia jahat, isi neraka," begitu senang lelaki berkulit hitam manis bercakap.
"Mulut awak celopar. Tak baik menuduh begitu. Saya tak suka cara awak, kita tak boleh menentukan seseorang itu isi neraka atau syurga kerana ia adalah kuasa Allah," nada suara Haji Taslim Singasari mula meninggi. Mukanya nampak merah.
"Maafkan saya, Pak Haji."
"Awak tahu, Allah boleh melakukan sesuatu apa yang diingini-Nya, apa lagi petir waktu hari bercuaca panas," Haji Taslim Singasari berhenti bercakap.
Dia menarik nafas dengan perlahan-lahan. Matanya menoleh ke arah saya dan Datuk.
"Kenapa dalam setiap kejadian kita tidak mahu memikirkan tentang kebesaran Allah? Kenapa mesti dikaitkan dengan manusia yang kita cap atau kita kira sebagai manusia jahat.
"Ini ertinya kita bercakap dan berfikir menurut perasaan bukannya menggunakan otak," lanjut Haji Taslim.
Dia tentang biji mata lelaki berkulit hitam manis. Bahu lelaki itu ditepuk dengan mesra.
"Ini kesilapan saya, suka mendengar cakap-cakap orang," terpamer kekesalan di wajah si hitam manis.
"Lain kali, jangan cepat sangat percaya dengan cakap-cakap orang, selidik dulu sebelum membuat tuduhan, barulah hidup selamat," Pak Imam mengurut si hitam manis.
"Maafkan saya."
"Sudahlah, lain kali berhati-hati. Kami tak ada apa-apa dengan awak," tutur Pak Imam mengakhiri kata dengan senyum.
Si hitam manis tergesa-gesa meninggalkan kami.
Sebenarnya kami bertiga (Pak Imam, Datuk dan saya) tidak perlu pergi ke rumah Haji Taslim Singasari. Pak Imam boleh pulang terus ke rumahnya. Sementara saya dan Datuk boleh balik ke rumah Mat Prai.
Oleh kerana basikal kami masih berada di rumah Haji Taslim Singasari perkara tersebut tidak dapat dilakukan. Terpaksa pergi ke rumahnya dulu.
Bila sampai di rumah, Haji Taslim Singasari menahan kami agar minum petang. Dia sendiri yang membuat air kopi dan menggoreng pisang nangka.
Minum petang sambil berborak memang menyeronokkan, ketika sedang berborak tanpa disengajakan Haji Taslim Singasari telah menceritakan serba sedikit kebolehan yang ada pada dirinya.
Rupanya, perkara yang tidak disengajakan itu telah berbekas dalam diri Datuk.
Timbul minat dalam hatinya untuk mengetahui beberapa perkara tertentu dari Haji Taslim Singasari.
Bagaimanakah Datuk mahu menyatakan hasrat hatinya itu? Dan amat mengejutkan saya, bila Datuk mahu menerima pelawaan dari Haji Taslim Singasari agar bermalam di rumahnya untuk sama-sama membaca Yasin.
"Macam mana dengan basikal yang saya pinjam, saya tak boleh bawa dua basikal sekali," Pak Imam menyatakan keresahannya sambil meletakkan cawan di tangan ke dada piring.
"Ya juga!" Datuk terkejut dan menyedari yang perbuatannya itu menyusahkan orang lain.
"Itu mudah saja, suruh cucu awak bawa basikal saya, awak naik basikal yang dipinjam. Bila datang ke sini semula, awak naiklah basikal saya bersama cucu awak," Haji Taslim Singasari menyelesaikan masalah yang dihadapi.
"Bijak juga awak cari jalan selesai," Pak Imam terus menatap wajah Haji Taslim Singasari.
"Kalau tak ada apa-apa hal, lepas sembahyang Isyak saya datang ke sini. Saya juga nak baca Yasin," sambung Pak Imam bersama senyum.
"Kalau awak datang saya gembira, kalau tak datang saya tak marah," tingkah Haji Taslim Singasari lalu disambut dengan ketawa.
Haji Taslim Singasari mengumpulkan cawan dan piring kosong lalu dibawa ke ruang dapur.
Kami turun dari rumah. Haji Taslim Singasari keluarkan basikal tua dari bawah rumah. Diserahkan pada saya. Basikal tua itu masih berhabuk tetapi, brek dan tayar masih elok.
"Saya jarang menggunakannya," tutur Haji Taslim Singasari sambil menepuk tempat duduk basikal dua tiga kali.
"Jangan bawa laju-laju," Datuk mengingatkan saya.
"Kalau bawa laju nanti tercabut tayar," Pak Imam berjenaka. Saya tersenyum panjang.
Kami keluar dari kawasan rumah Haji Taslim Singasari. Pak Imam berada di depan, Datuk di tengah dan saya berada di tempat terakhir, semuanya membongkok kayuh basikal.
Matahari petang yang kian condong mencipta bebayang diri kami memanjang di dada jalan. Angin yang bertiup memberikan keseronokan dan kesegaran pada diri saya.
Sambil kayuh basikal saya bersiul-siul kecil membawakan lagu Terkenang Semasa Dulu.
Lagu tersebut cukup popular ketika itu. Kecil besar tua muda kenal dengan suara penyanyi R. Azmi yang setiap hari berkumandang di radio Malaysia (ketika itu disebut Radio Malaya).
Akhirnya kami sampai di rumah Pak Imam. Tidak dapat saya gambarkan kegembiraan yang melonjak dalam dada, bila Pak Imam menyuruh saya menghantar basikal yang dipinjam ke rumah adiknya.
Inilah peluang terbaik bagi saya untuk melihat wajah Masitah, si putih kuning penggoda jiwa. Doa saya, semoga emak dan ayah Masitah tak ada di rumah.
Kali ini, saya mahu bercakap panjang dengannya. Mahu Tanya kegemarannya. Lagu apa yang diminatinya, pandai dia membaca Quran dan berqasidah?
Bolehkah dia masak gulai tempoyak, yang jadi kegemaran saya dengan nenek. Kalau boleh dialah bakal isteri saya. Engkau cantik, engkau menawan Masitah.
"Assalamualaikum."
"Waalaikum salam," terdengar suara halus nyaring.
Engkaukah itu Masitah? Saya tersengih sendirian dengan sepasang biji mata tertumpu ke arah pintu yang terdedah.
"Siapa tu?" orang di dalam bersuara lunak.
"Saya Tamar, nak pulangkan basikal yang saya pin..," saya tidak dapat meneruskan kata-kata. Jantung saya berdebar.
Oh! Tuhan apakah saya bermimpi? Dua tiga kali saya mengucap panjang.
Benarkah yang berdiri di muka pintu itu Masitah? Bisik batin saya. Sudah jelas yang berkemban di muka pintu adalah Masitah.
Mata jantan saya tertumpu ke arah bahagian dada yang tidak bertutup. Kulitnya putih melepak dan lembut.
Basikal yang dipegang terlepas dari tangan. Jatuh terdampar atas bumi. Masitah yang berdiri di muka pintu menghilangkan diri.
Basikal yang rebah saya tegakkan lalu disandarkan pada tiang seri di bawah rumah.
"Basikal bawah rumah, saya nak balik," kata saya sambil keluar dari bawah rumah.
Hati kecil saya tetap kesal kerana Masitah cukup cepat menghilangkan diri.
Waktu saya mahu melintas di depan tangga, saya lihat Masitah berdiri di situ. Dia tidak berkemban lagi.
Pakaiannya cukup kemas dengan baju kurung berkain batik. Dia tidak memakai kain kelubung. Rambutnya disikat rapi.
"Nama awak, Masitah!" saya memberanikan diri sambil berjenaka.
Tiada jawapan yang saya terima dari Masitah kecuali sebuah jelingan tajam penuh makna dan mendebarkan.
"Basikal yang dipinjam tadi, ada di bawah rumah," saya menambah.
Masitah tiada juga bersuara, tetapi ada senyum di kelopak bibirnya. Saya tidak mahu senyumnya. Saya mahu mendengar suaranya.
"Sampaikan salam saya pada emak dan ayah awak," kata saya tanpa melihat ke arahnya.
Saya terus melangkah dengan wajah yang serius.
MENGENA
Ternyata, taktik yang saya lakukan itu mengena. Saya kira, kalau saya jual murah, Masitah jual mahal. Bila saya jual mahal, Masitah jadi serba salah lalu menegur saya. Ini sebuah pengalaman yang amat berharga.
"Macam merajuk aje nampaknya, pagi tadi bukan main berani," Masitah mengusik dan menyindir.
Bagaikan ada kuasa tertentu, langkah saya terhenti dan wajah saya bagaikan diarahkan kuasa ghaib memandang ke arah wajah Masitah. Kami tersenyum.
"Pergi ke mana bawa basikal ayah saya?"
"Ke Kampung Terang."
"Ada apa di sana?"
Saya rasa agak sukar mahu menjawab pertanyaan dari Masitah. Kalau saya katakan yang benar, mungkin dia tidak percaya dan menuduh saya berbohong.
"Saya tak boleh cakap, kalau nak tahu tanyalah ayah saudara awak," kata saya.
"Kenapa tak boleh cakap?"
"Itu rahsia."
"Alahaiii menyampah," Masitah juihkan bibir bawah ke depan bersama kerdipan dan jelingan.
Tidak memadai dengan itu, dia tunjukkan penumbuk ke arah saya. Sungguh melucukan tetapi amat menghiburkan diri saya.
"Tamarrr..."
Suara Datuk meninggi dan memanjang dalam nada marah. Kegembiraan yang melonjak dalam dada terus hilang.
Saya terus berlari dengan sekuat hati menuju ke rumah Pak Imam. Sebelum sampai ke rumah Pak Imam dua kali saya terjatuh tersepak akar. Rasa sakit sudah tak terasa lagi, akibat dikuasai rasa takut pada Datuk.
"Heiii, kamu ni," Datuk beliakkan mata, saya tidak angkat muka.
Cuma renung permukaan bumi saja. Rasa gementar terus bersarang di dada. Saya berdoa agar kemarahan Datuk berakhir di situ saja.
"Apa yang kamu buat di situ? Hantar basikal sampai berjam-jam. Apa yang kamu cari di rumah orang, ha?" sambung Datuk. Suaranya makin meninggi.
"Sudahlah tu," Pak Imam memujuk.
"Kalau tak ditegur inilah jadinya," ada perubahan pada tekanan suara Datuk.
Nadanya merendah. Dada saya terasa lapang bila dia berbalas senyum dengan Pak Imam.
"Saya pergi dulu," Datuk hulur tangan pada Pak Imam. Mereka bersalaman.
"Dengar cakap Datuk kamu, jadilah cucu yang baik," kata Pak Imam bila saya bersalaman dengannya.
"Terima kasih," saya tatap wajah Pak Imam yang tersenyum.
Segera saya sorong basikal tua ke arah jalan besar. Datuk mengekori dari belakang. Bila sampai dekat pokok kelapa condong Datuk berpatah balik menemui Pak Imam.
"Awak datang malam ni ke rumah Haji?"
"Insya-Allah lepas isyak saya sampai," itu janji Pak Imam pada Datuk.
Dan Datuk meneruskan perjalanan tanpa mahu menoleh ke belakang lagi.
Sampai di tepi jalan raya, Datuk ambil basikal dari saya. Tanpa berkata apa-apa dia terus kayuh basikal.
Saya terpinga-pinga kerana Datuk terus meluru ke depan tanpa menyuruh saya naik basikal.
"Tuk," jerit saya.
Datuk tidak peduli dia terus kayuh basikal. Saya jadi cemas dia semakin jauh dari saya.
"Tuk," jerit saya.
Datuk tidak juga menoleh ke belakang. Terus membongkok kayuh basikal. Ini tidak boleh jadi, Datuk dah buat perangai gila-gilanya.
Saya buka langkah dan terus memburunya. Bila langkah saya bersaing dengan basikal yang Datuk kayuh, tanpa membuang masa saya terus melompat ke atas pelantar basikal.
Saya tercungap-cungap, tetapi Datuk buat endah tak endah dengan kehadiran saya tu.
"Tuk."
"Hum, ada kamu. Aku ingatkan tadi kamu tak tahu berusaha nak hidup," kata-kata itu amat menyakitkan hati saya.
"Agaknya Datuk terlupa nak ajak saya naik basikal."
"Aku tak terlupa, aku sengaja tinggalkan kamu. Nak tengok kamu tu cerdik ke bodoh?"
"Hum," saya mengeluh dalam hati.
Sikap Datuk itu amat mengecewakan. Saya ambil keputusan tidak mahu bercakap dengannya.
Basikal yang dikayuh oleh Datuk agak laju, habis rambut saya menggerbang. Angin terasa begitu kuat memukul kulit pipi dan mata mula berair. Tenaga Datuk bagaikan tenaga orang muda.
"Duduk diam-diam," Datuk mengingatkan saya.
Bila Datuk mendapati saya bergerak ke kiri dan ke kanan atas pelantar basikal. Saya berbuat demikian kerana saya terasa cukup lenguh.
"Baik tuk," kata saya.
Dari jalan raya Datuk belok basikal ke kanan, masuk ke lorong kecil menuju ke rumah Haji Taslim Singasari.
Cuaca tidak secerah tadi, matahari sudah mengisut ke kaki langit. Sebentar lagi cuaca samar akan menguasai seluruh kampung yang menandakan malam mula mengusir siang.
Cukup cekap Datuk mengendalikan basikal yang dikayuhnya. Dia bijak mengelakkan tayar basikal dari melanggar tunggul dan akar kayu yang berselirat di dada lorong.
Bila tayar basikal terlanggar lopak kecil atau akar kayu secara tidak sengaja, tubuh Datuk bergerak ke kiri dan ke kanan untuk mengimbangi badan dan basikal dari masuk parit.
Secara tidak langsung, saya juga turut bergerak. Akibat terlalu kerap bergerak, badan saya berpeluh.
"Cepat datang."
Sambut Haji Taslim Singasari di kaki tangga Saya terus melompat turun dari pelantar basikal.
Kerana saya melompat tanpa memberitahunya, Datuk tidak dapat mengawal basikal dengan baik hingga dia terbabas ke arah perdu pisang.
Basikal dan Datuk jatuh di situ. Haji Taslim Singasari segera menerkam ke arah Datuk.
"Kamu tak mahu fikir tentang orang lain, bila mahu berbuat sesuatu. Tengok apa dah jadi," biji mata Datuk tertumpu ke wajah saya.
Kali ini saya tidak merasa takut, kerana nada suara Datuk tidak meninggi.
"Lain kali jangan buat macam tu lagi," sambung Datuk bersama senyum.
Entah mengapa Datuk tidak naik darah kali ini. Mungkin dia segan dengan Haji Taslim Singasari.
Datuk tolak basikal ke bawah rumah. Disandarkan pada tiang kayu bulat. Kemudian Haji Taslim Singasari terus memeriksa tangan kanan Datuk.
Pada hematnya, tangan kanan itu mesti bengkak atau luka. Semasa Datuk jatuh tadi tangan kanan itu terkandas atas kayu bulat.
"Tak ada apa-apa, saya sempat mengelak. Dari jauh memang nampak yang tangan saya ni kena kayu bulat," jelas Datuk.
"Cekap juga awak."
"Semuanya dengan izin Allah," balas Datuk.
"Mari naik," pelawa Haji Taslim Singasari.
BEKU
Sementara menanti masuk waktu maghrib, saya duduk di anak tangga bongsu melihat ke kawasan hujung sawah.
Damai melihat pepucuk pisang yang meliuk-liuk di terpa angin, begitu juga dedaun pinang dan kelapa.
Datuk dan Haji Taslim Singasari terus berborak panjang di anjung. Mereka bertukar pendapat, berbincang tentang hal-hal agama.
"Islam itu tak beku, sesuai pada setiap zaman. Tetapi, para penganutnya sendiri yang membuat Islam tu jadi beku," tutur Haji Taslim Singasari.
"Maksud awak?" sanggah Datuk.
"Mudah saja, apa yang dicari orang hari ini, sudah ada dalam Islam sejak beratus tahun dulu. Sama ada tentang kehidupan di langit, di bumi dan di laut.
"Malah kejadian budak dalam perut ibunya sudah dinyatakan dalam Quran. Sayangnya orang Islam sendiri tak mahu mencarinya," jelas Haji Taslim Singasari.
"Kalau hidup berpegangkan ajaran agama, selamat kita dunia akhirat," tingkah Datuk.
"Ya," Haji Taslim Singasari anggukkan kepala. Setuju dengan pendapat Datuk.
Hari beransur gelap. Pepohon di hujung sawah sudah tidak jelas lagi. Beburung tidak lagi terbang untuk pulang ke sarang.
Cahaya merah dan biru di kaki langit sudah pun menghilang. Beduk di sudut masjid pun dipalu orang lalu disusuli dengan suara azan mendayu hiba. Menyeru penduduk kampung supaya menunaikan kewajipan.
Kami pun menunaikan solat Maghrib, imamnya Haji Taslim Singasari. Kami membaca surah Yasin hingga masuk waktu Isyak.
Bila solat Isyak mahu dimulakan, saya terasa lain macam saja. Macam ada sesuatu yang tidak dapat dilihat bergerak bebas dalam rumah. Bulu tengkuk saya sentiasa saja berdiri.
"Itu perasaan kamu saja, Tamar," kata Datuk bila rasa gelisah itu saya sampaikan padanya.
"Bukan perasaan, perkara tu memang ada," Haji Taslim Singasari renung muka Datuk.
"Pedulikan, kita sembahyang dulu," sambung Haji Taslim lagi sambil mengarahkan saya dan Datuk mengambil tempat masing-masing. Dia pun memulakan tugasnya sebagai imam.
Bila saya memberi salam yang kedua, bahu saya seperti dipegang oleh seseorang.
Dalam keadaan yang tergamam itu, saya terasa seperti ada orang yang menjabat tangan saya. Digenggam erat sambil digoncang beberapa kali.
"Manusia ke syaitan?" bentak batin saya.
Serentak dengan itu, genggaman yang mencangkum telapak tangan saya terlepas. Ada hembusan nafas yang keras menyentuh kulit pipi.
Bahu saya disinggung dengan kuat hingga saya terdorong ke kanan, berlaga dengan badan Datuk.
"Kau mengantuk, Tamar?"
Saya segera gelengkan kepala sambil tumpukan seluruh perhatian ke arah pembacaan doa yang dilakukan oleh Haji Taslim Singasari.
Sesekali saya lihat Datuk berada dalam keadaan yang resah. Dia mengisut ke arah saya seperti ada orang yang menghimpitnya.
Pembacaan doa pun berakhir. Saya terus bersalam dengan Haji Taslim Singasari.
"Kamu kurang senang kerana diganggu," Haji Taslim Singasari tenung muka saya.
Belum pun sempat saya menjawab, dia ubah pandangan pada Datuk. Mereka bersalaman.
"Assalamualaikum."
Biji mata kami tertumpu ke arah pintu yang tertutup rapat. Lama kami menunggu pintu yang tidak berkunci itu ditolak orang dari luar. Apa yang kami harap tidak juga terjadi.
"Pedulikan," kata Haji Taslim Singasari dengan tenang.
"Mari kita baca surah Al-Kahfi," sambungnya lagi.
Saya dan Datuk anggukkan kepala. Haji Taslim Singasari terus bangun, ambil Quran atas rak lalu diserahkan pada saya dan Datuk.
"Assalamualaikum."
Kami bertiga terhenti untuk memulakan pembacaan. Semua biji mata tertumpu ke arah pintu.
Seorang budak lelaki dalam usia lapan tahun, tanpa pakaian kecuali kain cawat yang menutupi kemaluannya.
Rambutnya dicukur bersih, bahagian belakang kepalanya terdapat setompok rambut dalam bentuk jambul. Panjang rambut tersebut hingga bertemu dengan bahagian punggungnya.
Sekilas pandang memang wajahnya menyerupai kanak-kanak. Bila ditenung lama-lama ternyata wajah itu cukup dewasa dalam usia empat puluhan.
Urat-urat di dahi dan di pipi kelihatan menonjol bagaikan akar rotan di permukaan bumi. Bentuk telinganya macam telinga arnab dan mengeluarkan asap nipis.
Saya gerun melihat bentuk matanya yang dalam, tidak ada kelopak, tidak ada bulu mata dan kening.
Ada cahaya memancar lembut macam mata kucing waktu malam bila terkena sinaran lampu picit.
Apa yang pelik dan menakjubkan, dari mana dia datang?
Mustahil dia masuk ikut pintu, kerana daun pintu tidak bergerak, masih tertutup rapat.
"Pedulikan," suara Haji Taslim Singasari meninggi.
Budak kecil di depan pintu terus ketawa dan menggilai panjang. Cukup seram dan menakutkan, bulu roma saya tegak berdiri.
Dia jelirkan lidahnya yang panjang lalu menjilat-jilat tubuhnya macam kucing menjilat bulunya.
"Mari kita baca," sambung Haji Taslim Singasari.
Kami terus mematuhi cakapnya. Dalam beberapa saat rumah di pinggir kampung itu terus bergema dengan pembacaan dari surah Al-Kahfi.
Makin lantang suara kami membaca, makin kuat hilai ketawa sungguh ganjil. Dia menari-nari dan melompat di depan kami.
Sesekali dia menukar taktik dari ketawa kepada menjerit dan akhir sekali, menangis tersedu-sedu macam budak kecil lapar susu.
Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 116/284
BACA: SBDJ Siri 115: Pulang Dari Kubur
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)
-Sentiasapanas.com

0 Response to "SBDJ Siri 116: Budak Ganjil Tanpa Pakaian"
Posting Komentar