Loading...

CARI LOKASI MAKAN BEST DI MELAKA

Loading...

makanan menarik di melaka

Beberapa minggu yang lalu saya dan kawan-kawan telah ke Melaka untuk menghadiri majlis pertunangan sahabat kami. Alang-alang dah ada kat Melaka ni kami cari beberapa lokasi menarik untuk kami isi perut.

SARAPAN PAGI DI 8272 BARAKAH CORNER

Bagi korang yang ingin bersarapankan sesuatu yang lain dari yang lain, saya cadangkan korang untuk ke 8272 BARAKAH Corner. Gerai yang terletak di Kampung Lapan, Melaka ni ada menyediakan Roti Canai Merecik Special atau lebih dikenali juga sebagai 'Roti Canai Burrito'. Bagi korang yang belum tahu, roti canai ni ada inti di dalamnya seakan murtabak. Cuma bentuknya lain kerana digulung seperti "burrito".

makanan menarik di melaka

Jika anda mahukan sesuatu yang extra, anda juga boleh mendapatkan Roti Canai Cheese Merecik yang mempunyai tambahan keju sebagai inti dan juga topping.


Selain dari menu Roti Canai Cheese Merecik mereka juga ada banyak lagi pilihan menu untuk sarapan pagi seperti nasi lemak dan sebagainya.

makanan menarik di melaka

Alamat:
Jalan Pandan, Taman Kesidang Seksyen 1, 
Kampung Lapan, 75250 Melaka.
(Bersebelahan Klinik Kesihatan Tengkera)

Waktu Operasi:
7.30 pagi - 12.00 tengah hari (Rabu hingga Isnin)
Tutup setiap hari Selasa. 


LUNCH DI MANGO FLOAT ROYALE MELAKA

Mango Float Royale Melaka ni merupakan lokasi wajib untuk kami singgah jika ke Melaka. Beratur panjang tak jadi masalah untuk kami nikmati keenakan minuman Mango Float Royale Melaka ni. 


makanan menarik di melaka

Untuk pengetahuan korang, kat sini bukan hanya mempunyai gerai minuman mango float semata. Ada banyak lagi vendor-vendor makanan lain yang korang boleh dapat disekitarnya. Jadi tak rugilah kalau korang nak singgah untuk makan tengahari kat sini.

makanan menarik di melaka


makanan menarik di melaka

makanan menarik di melaka

Alamat:
Mango Float Royale Melaka,
Kampung Sungai Putat,
75350 Batu Berendam, Melaka

Waktu Operasi : 
Setiap hari
12.00 tengah hari-6.30 petang dan 8.30 malam-11.30malam (Isnin-Sabtu)
11.00 pagi - 6.00 petang (Ahad)

Facebook : Mango Float Royale Melaka
Instagram : @mangofloatroyalemelaka

MAKAN MALAM DI MAKAN AVENUE

Pilihan lokasi makan malam kami adalah di Makan Avenue. Ianya nampak seolah gudang yang mana di dalamnya mempunyai banyai vendor-vendor makanan yang sangat menarik dan popular. Apa yang lebih menarik ianya berada betul-betul ditepi sungai Melaka. Jadi jom kita tengok apa yang kami oder untuk makan malam kami di sini.

makanan menarik di melaka

Ramen Asam Laksa, baru sahaja tular di negeri Melaka. Jadi kamipun tak nak lepaskan peluang untuk cuba. Sesuai dimakan ketika masih panas. Kalau korang jenis tak makan pedas silalah hati-hati, mungkin boleh request kurangkan pedasnya tu. Rasanya not bad, next time boleh oder lagi.

makanan menarik di melaka

makanan menarik di melaka

makanan menarik di melaka
Sua Rong Hai \ Daging harimau menangis
makanan menarik di melaka

Dah sampai Melaka tak sah kalau tak makan Cendol Kampung Hulu ni. Walaupun kat Kuala Lumpur pun dah ada cawangan dia, tapi kat sini lain suasananya. Memang boleh dipuji berbakul-bakul rasa dia. Tak hairan orang sanggup beratur panjang untuk dapatkan pencuci mulut ni.


Semua makanan yang kami oder ni korang boleh dapat di bawah satu bumbung. Tempat makan disini pon besar dan selesa. Cuma kawasan ni agak crowded susah untuk dapat parking.

Alamat :
No. 26, Jalan Kampung Hulu, Melaka

Waktu Operasi :
Setiap hari
11.00 tengah hari- 11.30 malam

Facebook : Makan Avenue
Instagram : @makanavenue


Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "CARI LOKASI MAKAN BEST DI MELAKA"

Posting Komentar