Loading...

PANDUAN MENAIKI BAS MADINAH UNTUK KE QUBA' DAN SEKITAR MADINAH

Loading...

Para Penziarah Rasulullah, antara perkara sangat dituntut ketika bertamu di bumi Madinah adalah memperbanyakkan MENZIARAHI JUNJUNGAN BESAR BAGINDA S.A.W dan memasuki taman syurga (RAUDHAH).

Usai selesai ziarah Baginda, di sunatkan juga ke Masjid Quba' untuk melakukan solat dua rakaat sebagai mana menjadi amalan Nabi S.A.W pada setiap hari Isnin, Khamis dan Sabtu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Barangsiapa bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba,lalu ia solat di dalamnya, maka baginya pahala seperti pahala umrah (HR Tarmizi : 298. Ibnu Majah :1401)
PANDUAN MENAIKI BAS MADINAH UNTUK KE QUBA' DAN SEKITAR MADINAH 

Disini saya akan kongsikan CARA-CARA untuk ke Masjid Quba dan Ziarah Sekitar Madinah dengan menaiki BAS MEDINA.

1. Setelah memberi salam kepada Rasulullah SAW, cari pintu GATE 37 di penjuru paling kanan JANNATUL BAQI' jika kita berhadapan dengan pagar Baqi' dan akan bertemu dengan "SYAZAH BUS STATION" .



2. Disana nanti ada BAS yang berwana HIJAU yang sedia menanti penumpang bermula waktu pagi sehinggalah jam 10.00 malam.


3. Ada dua (2) cara untuk membeli tiket bas.

  1. Pertama ialah bayaran 1 perjalanan sahaja serendah SR3.00 ke satu destinasi.
  2. Kedua adalah dengan membeli "بطاقة" atau tiket Bas untuk menziarahi kesemua TEMPAT ZIARAH UMUM di MADINAH, antaranya MASJIQ QUBA, BUKIT UHUD, MASJID TUJUH, MASJID QIBLATAIN dan akan kembali ke BAQI' semula. Ada 3 tiket untuk kegunaan bas ini :
  • SR10 untuk kegunaan sehari
  • SR15 untuk 3 hari
  • SR30 untuk 10 hari
(Setiap kali menaiki MESTI di SCAN di MESIN SCANER berhampiran dengan PEMANDU BAS)


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para penziarah Rasulullah dan penziarah bumi Rasulullah SAW.

والله أعلم...

Sumber asal perkongsian di facebook oleh Ustaz Abu Humairah Zulkifli Mohamed .
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PANDUAN MENAIKI BAS MADINAH UNTUK KE QUBA' DAN SEKITAR MADINAH"

Posting Komentar