Loading...

Cuti wajib 14 hari jika terdedah coronavirus

Loading...
Menteri Kesihatan Singapura, Gan Kim Yong.
SINGAPURA: Individu yang mempunyai rekod terdedah kepada coronavirus (2019-nCoV) diwajibkan bercuti 14 hari dan diperiksa suhu badan dua kali sehari bagi memastikan tidak terkena jangkitan.

Pasukan petugas pelbagai kementerian yang ditubuhkan bagi mengekang penularan penyakit berjangkit, melaksanakan langkah itu selain melakukan saringan dan pemeriksaan, terutama terhadap mereka yang baru kembali dari China.

Individu mempunyai hubungan rapat dengan mereka yang terdedah kepada coronavirus diberikan cuti wajib dua minggu terutama yang bekerja di pra-sekolah, sekolah dan sektor penjagaan kesihatan.

Pada sidang media yang dihadiri beberapa menteri pagi semalam, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas yang juga Menteri Kesihatan, Gan Kim Yong, berkata kerajaan akan berusaha keras memastikan rakyatnya selamat.

“Antara langkah-langkah yang dilaksanakan secara berperingkat adalah mengurangkan pengimportan barangan berisiko membawa jangkitan, pemantauan suhu, kawalan sempadan yang lebih baik dan nasihat perjalanan.

“Pasukan doktor yang kini melakukan pemantauan rapi dan berjaga-jaga, melaporkan tiada bukti virus itu sedang tersebar kepada rakyat Singapura, keadaan masih terkawal.

“Bagaimanapun, kita akan berwaspada dan mengambil langkah selanjutnya berdasarkan keperluan,” katanya.

Dengan lebih 80 kematian dan 2,000 dijangkiti coronavirus di Wuhan, China, Singapura sedang berusaha menghentikan penularan virus itu dengan menasihatkan rakyatnya elak mengunjungi tanah besar China buat sementara waktu.

Bermula Rabu lalu, pengimbas suhu di lapangan terbang meliputi semua penerbangan masuk, selain pengawasan tambahan kepada semua pesawat dari China serta pemegang pasport dari Hubei dilaksanakan.

Setakat ini, 66 mangsa dikuarantin di Singapura, sama ada di rumah atau ditempatkan di kemudahan kerajaan seperti chalet dan asrama universiti, yang mampu menampung kira-kira 1,000 orang.

Menyentuh mengenai pelajar yang terpaksa cuti wajib, Menteri Pelajaran, Ong Ye Kung, menegaskan ia bukan satu cuti panjang.

"Kami akan membantu pembelajaran mereka, guru akan dihantar mengajar di rumah," katanya. - The Straits Times/ANN
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Cuti wajib 14 hari jika terdedah coronavirus"

Posting Komentar