Loading...
Artikel kali ni saya nak kongsi pengalaman ujian JPJ motosikal B2 yang saya lalui semalam. Selepas mengikuti lebih dari 20 jam keseluruhan kelas, akhirnya saya lulus ujian memandu motosikal (B2) dengan jayanya. Banyak juga perbezaan ambil lesan memandu pada zaman sebelum ni dengan sekarang dan saya telah hadapi kedua-duanya kerana lesen yang dulu telah tamat tempoh dan tidak boleh di perbaharui lagi. Nak tak nak kenalah daftar dan masuk kelas balik.
Untuk pengetahuan korang saya ambil kelas memandu ni di Litar Memandu Machang. Memandangkan perlu ulang alik ke Kuala Lumpur setiap bulan, maka tempoh masa untuk belajar tu menjadi panjang. Sekarang kelas makin bertambah, dari teori selama 6 jam, ke bahagian KPP02 (litar) 9jam setengah dan bahagian KPP03 (jalan raya) 6 jam. Bila dah selesai semua, sebelum test JPJ kita perlu melalui QTI iaitu ujian penilaian yang akan menentukan kita sudah bersedia dan layak atau tidak untuk Ujian bersama JPJ. Ujian QTI ni biasanya dinilai oleh cikgu kita. Bila dah selesai semua, bolehlah buat tempahan untuk lakukan ujian JPJ.
18 FEBRUARI 2020
Pagi-pagi lagi dalam jam 7 saya dah bersiap ke lokasi Litar Memandu Machang. Bukan apa takut parking penuh dan tak pasal-pasal nak kena parking kereta kat luar kan. Bila dah terlalu awal maka menunggulah sehingga office buka untuk buat pembayaran sebanyak RM20 dan semak nama dan sesi ujian pada papan kenyataan pejabat. Dah selesai buat pembayaran, kami diberi resit dan diminta berkumpul di tempat Ujian Motosikal akan dilakukan.
Harini saya dapat no 3 sesi 2. Walaupun sesi kedua memang tak boleh balik tidur dulu sebab kena dengar taklimat terakhir yang diberikan oleh cikgu sebelum JPJ datang. Selepas itu Ujian Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) dan Rutin Semasa Memandu (RSM) akan dilakukan sekaligus sebelum ke bahagian 2 dan 3. Lagipun, untuk ujian motosikal ni, masa yang diambil untuk penilaian JPJ untuk ketiga-tiga bahagian tu tak lama sangat.
Harini saya dapat no 3 sesi 2. Walaupun sesi kedua memang tak boleh balik tidur dulu sebab kena dengar taklimat terakhir yang diberikan oleh cikgu sebelum JPJ datang. Selepas itu Ujian Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) dan Rutin Semasa Memandu (RSM) akan dilakukan sekaligus sebelum ke bahagian 2 dan 3. Lagipun, untuk ujian motosikal ni, masa yang diambil untuk penilaian JPJ untuk ketiga-tiga bahagian tu tak lama sangat.
RAMAI TERBABAS | Dugaan harini buat kami bila hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah ianya tak lama, cuma jalan tu agak licin untuk break emergency. Ada tiga (3) orang calon jugak jatuh terbabas masa buat break emergency tu. Ada yang luka-luka teruk di bahagian siku semua. Nasib baik tak teruk sangat. Tapi pedih jugak tengok diorang tu, kesian! Oleh sebab tu, kami dinasihatkan supaya berhati-hati dan diberi kelonggaran dari segi masa untuk break emergency. Kalau ikutkan, kami perlu melakukan break emergency tu dalam tempoh kurang dari 6 saat.
Selepas satu demi satu calon selesai, maka tibalah giliran saya. Benda paling takut adalah meniti atas titi. Bukan apa, takut hilang keseimbangan badan boleh jatuh dan gagal terus tu untuk bahagian 02 (litar). Tapi Alhamdulillah semuanya dapat dilakukan dengan baik. Walaupun agak gugup dan gementar, tapi semuanya berjalan dengan lancar.
Selepas selesai bahagian 02, calon perlu menolak motor terus ke bahagaian 03 iaitu ujian jalan raya. Ujian jalan raya ni tak keluar ke jalan raya sebenar pun, ianya sekadar di litar juga. Cuma jalannya dibuat seakan korang berada dalam situasi di jalan raya. Kebarangkalian untuk bertembung dengan orang tengah test lesen kereta tu ada kerana mereka pun test pada hari yang sama.
Untuk bahagian 03 memang tak menjadi masalah bagi saya, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tapi perasaan semasa memandu tu memang tak boleh di tipulah, gementar tu ada!
LULUS UJIAN | Selepas selesai semua, saya terus ke tempat menunggu untuk terima keputusan. Masa ni memang gementar tu macam nak ambik result SPM hehe. Memandangkan ramai yang gagal sebelum tu membuatkan hati ni rasa makin tak tenteram. Bila tengok je kat kertas yang saya lulus ke dua-dua bahagian, ALLAH je tahu bertapa gembiranya hati ni. Alhamdulillah. Akhirnya selesai jugak hal lesen ni.
Memandangkan dah lulus, saya diminta ke pejabat urusan untuk ambil borang dan perlu ke JPJ beberapa hari lagi untuk urusan lesen P saya. Apapon saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendokan saya untuk lulus dalam ujian ni.
Sedikit tips untuk berjaya dalam ujian ni, pastikan korang mengambil restu dari semua cikgu yang pernah mengajar korang secara langsung atau tidak. Jika masih ada ibu bapa, minta diorang doakan supaya kita berjaya dan dipermudahkan semua urusan kita. Insyaallah, berkat itu semua kita boleh berjaya dengan jayanya.
Loading...
0 Response to "ALHAMDULILLAH ! LULUS UJIAN JPJ MOTOSIKAL (B2)"
Posting Komentar