Loading...

KEMASKINI RESUME TAHUN 2020 UNTUK MOHON PEKERJAAN

Loading...


Beberapa tahun lepas saya telah kongsikan satu artikel bertajuk APAKAH ITU RESUME ! Didalam artikel tersebut saya ada kongsikan dengan jelas tentang hal-hal berkaitan termasuklah tujuan utama resume itu sendiri.

Ramai diantara kita keliru tentang resume dan curriculum vitae (cv), Pada hakikatnya, kedua – dua ini adalah berbeza. Namun, disebabkan era pemahaman yang dipegang menganggap kedua – duanya serupa. Resume sebenarnya lebih memberi fokus kepada pendidikan dan pekerjaan serta pengalaman yang dimiliki.

Secara ringkasnya, dalam resume korang boleh pamerkan perkara yang penting saja yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Sekiranya anda memohon untuk jawatan graphic designer, nyatakan pencapaian, pengalaman dan skil yang anda ada untuk jawatan tersebut. Senang kata, nyatakan segala input yang memenuhi kriteria-kriteria jawatan yang dipohon.

curriculum vitae (cv)
Sementara CV lebih memberi penekanan kepada seperti penghargaan, jawatan, prestasi dan sebagainya disamping pendidikan dan pekerjaan. Namun, perbezaan ini tidak lagi dilihat dan ditekankan oleh mana – mana syarikat kerana ianya mampu dinilai dan disesuaikan oleh pemilih mahupun penemuduga.

Oleh itu, bagi mengahsilkan resume yang terbaik dan menepati kehendak majikan atau sesuatu pihak, konsep dan tujuan resume perlulah difahami supaya resume yang dihasilkan nanti memiliki fakta yang padat dan ringkas.

Apa yang saya boleh katakan, sediakan resume seringkas mungkin tetapi padat dengan info yang diperlukan! Sebaiknya hanya satu muka surat saja. Resume biasanya lebih straight forward berbanding CV.

Untuk pengetahuan korang, resume tiada format tetap yang perlu anda ikut. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan resume yang ringkas, padat dan menarik. Resume yang mempunyai info grafik juga boleh menarik minat penemuduga untuk membacanya.

cover letter
Selepas selesai menyediakan resume, jangan lupa pula untuk sediakan cover letter. Jangan buat-buat tak tahu bahawa  cover letter ni merupakan salah satu dari item penting untuk memohon pekerjaan.

Apapon saya doakan semoga kalian dapat menyediakan resume yang terbaik dan berjaya dalam sesi temuduga yang korang bakal lalui. Terima kasih kerana sudi baca artikel ini.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KEMASKINI RESUME TAHUN 2020 UNTUK MOHON PEKERJAAN"

Posting Komentar