Loading...

PENGALAMAN 3 HARI 2 MALAM BERCUTI DI HATYAI DAN SONGKHLA

Loading...

Lokasi Hatyai yang terletak berdekatan dengan sempadan Malaysia menjadikan ia satu destinasi pelancongan di Thailand yang cukup popular dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Hatyai merupakan salah satu bandar yang terbesar di Thailand yang mempunyai banyak tarikan yang terutamanya gerai makan, pusat urutan badan dan tempat-tempat membeli-belah.

HATYAI merupakan lokasi percutian yang dah lama kami rancangkan. Setelah beberapa kali rancangan kami untuk bercuti ke sini tidak berjaya, akhirnya pada awal tahun 2020 yang lepas kami sampai juga ke sini.

KOS PENGINAPAN DAN PENGANGKUTAN KE HAT YAI


Saya dan beberapa orang kawan ke Hatyai dengan menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan terus ke Bandar Hatyai. Cara ini lebih memudahkan dan menjimatkan masa bagi kami yang berada di Kuala Lumpur untuk ke Hatyai. Kos pengankutan bas pergi balik dari Kuala Lumpur - Hatyai - Kuala Lumpur adalah RM150 seorang (Suasana Tony Coach). Untuk kos penginapan pula, hanya RM60.15 seorang untuk 2 malam di Tanaphat hotel Hat Yai yang ditempah melalui aplikasi Agoda.

LOKASI MENARIK SEKITAR HAT YAI DAN SONGKHLA

Hari pertama di Hatyai, kami hanya menggunakan khidmat pengangkutan grab van sahaja kerana lokasi-lokasi yang kami pergi hanya sekitar bandar Hatyai dan dekat antara satu sama lain. Hari ke dua barulah kami menggunakan khidmat sewa van untuk ke Songkhla. Jom kita tengok beberapa tempat menarik yang sempat kami singgah sepanjang 3 hari 2 malam di Hatyai dan Songkhla ni.

Chabura Dim Sum


Lokasi pertama yang kami kunjungi selepas check in penginapan kami di Hatyai . Restoran makanan dim sum halal yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia iaitu Restoran Dimsum Chabura Hatyai!



Kat sini memang banyak sangat pilihan jenis dimsum yang korang boleh cuba. Selain dimsum, menu lain seperti tomyam, somtam dan nasi goreng juga turut disediakan di sini. Waktu operasi kedai Dimsum Chabura ini dari pukul 6 pagi sehingga 2 petang sahaja. Kedai Dimsum ni dibuka waktu pagi hingga tengahari saja (khusus untuk sarapan pagi hingga makan tengahari)
Alamat: Hatyai, Tambon Khlong Hae, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand
Waktu Operasi: Setiap hari (6 am - 2 pm)
Khlong Hae Floating Market


Selepas solat zohor, kami meneruskan perjalanan kami ke pasar terapung Hatyai atau lebih dikenali dengan nama Khlong Hae Floating Market. Ini merupakan lokasi pelancongan ikonik di Hatyai yang korang wajib singgah. Ada berpuluh sampan di sepanjang tebing sungai yang menjual berbagai jenis makanan Thailand yang enak-enak. Dari snek, makanan berat, minuman manis, jus buah, pencuci mulut ke makanan bersup, semuanya ada. Paling unik, ada minuman yang dihidangkan dalam bekas tanah liat. 


Selain dari peniaga yang meniaga di atas bot, korang juga boleh membeli belah pelbagai barangan termasuk t-shirt dan cenderahati di bazar ya berada bersebelahannya sahaja.
Alamat: Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Waktu Operasi: Jumaat, Sabtu & Ahad (1pm - 9pm)
Central Festival Mall Hatyai


Central Festival Mall merupakan sebuah pusat membeli-belah yang terbesar di Hatyai  iaitu seluas 250,000 meter persegi. Bukan setakat outlet-outlet antarabangsa dan tempatan serta kedai makan sahaja ada di sini, tarikan lain seperti ice skating rink, pusat boling, wayang 3D Imax, permainan arked dan banyak lagi turut tersedia di sini.
Alamat: 1520 Kanjanavanich Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Waktu Operasi: Setiap hari (11am - 9pm)
Asean Night Bazaar

Lokasi penutup untuk hari pertama kami di Hatyai  adalah Asean Night Market. Memandangkan ianya tidak terlalu jauh dari Central Festival Mall Hatyai , maka kami ambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja sambil exercise. 

Untuk pengetahuan korang semua, Asean Night Market ni merupakan pasar malam yang terbesar di bandar Hatyai dan mempunyai dua (2) tingkat bazar. Di sini menjual pelbagai jenis barangan dan makanan di sebelah malam.

Tingkat 1 menempatkan kedai-kedai yang menjual barangan seperti kasut, pakaian, aksesori wanita, produk-produk make up, gadjet-gadjet, aksesori handphone, aksesori komputer dan banyak lagi yang mana harganya jauh lebih murah dan berpatutan.

Tingkat 2 merupakan food court. Terdapat banyak gerai makanan halal yang menjual makanan seperti pizza, tomyam, masakan panas dan masakan Thailand disini.
Alamat: Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hatyai , Amphoe Hatyai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand
Waktu Operasi: Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad (3pm - 10.30pm)
Hat Yai Municipal Park


Taman ini terletak kira-kira 6km dari pusat bandar Hatyai. Boleh dikatakan ia sebuah taman keagamaan kerana terdapat banyak statue atau patung Buddha yang besar-besar. Antara tarikan pelancong di sini adalah patung besar Guan Yin, patung Buddha Ketawa dan patung Buddha Berdiri.


Dari puncak bukit pula, anda berpeluang menikmati keindahan sekitar Bandar Hatyai. Untuk ke puncak bukit, anda boleh berjalan kaki ataupun menaiki kereta kabel yang disediakan untuk kemudahan para pengunjung.
Alamat: Kho Hong, Hatyai District, Songkhla 90110, Thailand
Waktu Operasi: Setiap hari (9am - 5pm)
Samila Beach

Samila beach merupakan pantai yang sangat popular di Songkhla. Tarikan utama disini adalah Golden Mermaid, sebuah patung ikan duyung yang sedang menyikat rambut dipercayai membawa tuah dan kekayaan kepada rakyat Songkhla.


Walaupun pantainya tidak sesuai untuk mandi manda, Pantai Samila memang panjang dan waktu petang disini sangat meriah. Banyak gerai-gerai orang berniaga cenderahati dan street food di sepanjang pantai tersebut.


Untuk ke Samila Beach ni, perjalanan akan memakan masa lebih kurang 45 minit dari Hatyai. Jika korang datang berkumpulan, seeloknya sewa sebuah van untuk perjalanan sehari. Lebih jimat dari korang naik grab atau tuk tuk sehala. Paling tidak banyak lagi lokasi menarik di sekitarnya korang boleh lawati.

Songkhla Old Town


Alang-alang dah sampai di Songkhla, kami dibawa pusing-pusing sekitar Songkhla Old Town. Keadaan di sini boleh dikatakan seakan-akan heritage town yang ada di negara kita seperti Pulau Pinang, Melaka dan Ipoh.

Bangunan lama dijaga rapi untuk mengekalkan tradisi dan seni bina lama untuk menjaga nilai Estetika kawasan ini, untuk menarik lebih banyak pelancong. Di Songkhla Old Town ini juga ada banyak lokasi ‘street art’ yang mana beberapa mural yang dilukis pada dinding-dinding bangunan. Kami diberitahu bahawa, bangunan-bangunan disini sudah wujud sejak kurun ke-19 dan ianya lokasi yang sangat insta-whorty.

Good Mountain Cafe


Good Mountain Cafe, Songkhla, merupakan sebuah cafe baru di di atas Bukit Kuti, Wilayah Songkhla dengan keindahan pemandangan panorama laut Songkhla.


Pastikan korang berhati-hati jika ke sini kerana jalan mendaki yang agak curam. Cafe ini ada menghidangkan banyak pilihan makanan dan minuman termasuk dessert yang sedap.
Alamat: ต.เกาะยอ เกาะยอ Mueang Songkhla District, Songkhla 90100, ThailandWaktu Operasi: Setiap hari (10am - 7pm)
Songkhla Central Mosque


Ketika dalam perjalanan pulang ke Hatyai  dari Samila Beach, kami sempat berhenti untuk menunaikan solat asar di Masjid Pusat Songkhla. Masjid ini telah menjadi simbol kewujudan masyarakat Muslim di Songkhla, dan dikatakan sebagai masjid yang terbesar di selatan Thailand. Masjid ini agak terkenal bukan hanya kerana saiznya yang besar malahan adalah kerana fungsinya yang juga menjadi tempat pernikahan ramai orang yang datang ke Thailand.


Jika dilihat pada senibinanya, ianya diadaptasikan dari senibina agung Taj Mahal. Anda disarankan supaya datang ke sini pada waktu petang untuk melihat keindahan masjid berlatarbelakangkan matahari terbenam.
Alamat: 352 หมู่ที่ Lopburi Ramesuan Rd, Khlong Hae, Hatyai District, Songkhla 90110, Thailand
Bagi korang yang datang bercuti secara berkumpulan dan memerlukan khidmat sewa van di Hatyai . Saya cadangkan korang untuk menghubungi En. Zolahudin di aplikasi whatapps +66 862884277 atau emailkan pertanyaan korang di sn.travel1985@gmail.com. Apa yang menariknya, beliau seorang tour guide di Hatyai yang boleh berbahasa melayu dan sangat bagus memberikan perkhidmatannya. Untuk maklumat lanjut korang boleh follow Facebook page beliau di S&N Travel .
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PENGALAMAN 3 HARI 2 MALAM BERCUTI DI HATYAI DAN SONGKHLA"

Posting Komentar