Loading...

Khasiat Durian Belanda 200 Kali Ganda Lebih Efektif Berbanding Rawatan Kemoterapi

Loading...
Durian belanda atau Annona muricata, berasal dari sekitar Peru, Mexico dan Argentina, sering dikaitkan dengan khasiatnya yang dikatakan 200 kali ganda lebih efektif sebagai penyembuh jika dibandingkan dengan rawatan kemoterapi.

Khasiat Durian Belanda

Kerana itu jugalah yang membuatkan buah eksotik yang pada asalnya tumbuh liar itu dikomersialkan kerana permintaan yang tinggi.

Durian belanda memiliki kulit berduri lembut, isi buah berwarna putih dan rasa masam-masam manis, termasuk antara 16 jenis buah-buahan tempatan yang diberi keutamaan oleh negara ekoran potensi yang boleh dimanfaatkan kepada pengguna.

Kandungan glukos dan fruktosa yang tinggi menyumbang sebanyak 81.9 hingga 93.6 peratus rasa manis dan berkrim selain mempunyai kebaikan vitamin C.

Khasiat buah durian belanda boleh diperoleh dengan dimakan segar ataupun dibuat jus, mampu memenuhi keperluan harian manusia yang memerlukan sejumlah 60 miligram (mg) vitamin C untuk mencapai tahap kesihatan yang baik.

Super Fruit

Kajian menunjukkan bahawa bahan berkhasiat antioksidan dijumpai dalam buah durian belanda, dikenali sebagai Asid Koumarik.

Asid Koumarik cepat diserap dalam tubuh dan mempunyai saiz yang kecil dan diserap pada kadar 74% dalam usus kecil.

Kajian juga menunjukkan bahawa buah durian belanda mengandungi bahan Asetogenin, bahan yang bertindak sebagai anti-tumor dan anti-kanser, yang lebih kuat berbanding Kurkumin (bahan aktif dalam kunyit).

Dalam perubatan tradisional, buah durian belanda dipercayai boleh mengubati sakit sendi, cirit-birit, demam, malaria, parasit, sakit-sakit otot, ruam kulit dan cacing dan untuk meningkatkan susu ibu selepas bersalin.

Daunnya pula dipercayai boleh menyembuhkan kencing manis, sakit kepala, insomnia dan sistitis.

Durian belanda mempunyai banyak khasiat kesihatan, antaranya ialah:

1. Merawat kanser

Seperti yang disebut, khasiatnya dipercayai 200 kali ganda lebih efektif daripada kemoterapi dan dilaporkan boleh membunuh sel kanser payudara.

Selain itu, durian belanda juga mempunyai kesan penghalang terhadap angiogenesis iaitu satu proses pembentukan saluran darah baharu yang mana ia merupakan titik pertumbuhan kanser tumor.

Durian belanda juga mempunyai sebatian yang dikenali sebagai annonaceous acetogenin yang dikaitkan dengan aktiviti antikanser.

Kajian makmal juga mendapati, ekstrak daun durian belanda ini boleh membunuh sel-sel kanser dalam kanser kolon dan kanser paru-paru dan boleh mengecilkan saiz kanser prostat (mungkin) melalui kematian sel kanser tersebut.

Durian belanda juga dipercayai mempunyai kesan menyekat pembiakan virus, antikeradangan untuk mengurangkan kesan lebam, antiparasit dan antimikrob.

2. Merawat osteoporosis

Elemen kandungan sodium yang tinggi 14 mg/100 gram (g), phosphorus, potasium sebanyak 278 mg/100 g yang terdapat dalam buah durian belanda sangat bermanfaat untuk membina tulang yang kuat dan merawat penyakit osteoporosis.

Untuk mendapatkan keberkesanan maksimum dari aspek kesihatan, ia bergantung pada kuantiti yang diambil oleh pengguna.

3. Atasi kencing tidak lawas

Kandungan ferum atau iron yang ada pada buah durian belanda dapat membersihkan buah pinggang dan membaiki sistem penghadaman.

Ia mengurangkan risiko batu karang yang terbentuk daripada mendapan garam galian pada badan kita.

4. Mengurangkan migrain

Masalah migrain berlaku disebabkan terdapatnya kandungan bahan kimia seperti serotonin yang berupaya untuk mengecilkan saluran darah.

Dengan pengambilan buah durian belanda, ia mempunyai kesan angiogenesis.

5. Mengatasi anemia

Durian belanda menjadi salah satu pembekal sumber zat besi kerana kekurangan zat ini boleh menghalang pembentukan sel darah merah (hemoglobin) yang berperanan dalam melancarkan perjalanan oksigen dalam darah.

6. Melawan Bakteria

Durian belanda telah digunakan sebagai ejen antimikrob dan antiparasit oleh perubatan tradisional.

Ekstrak daun durian belanda didapati berkesan untuk membunuh beberapa jenis bakteria termasuklah yang mengakibatkan pereputan gigi, gingivitis (radang pada gusi) dan jangkitan kulat.

Biji buah durian belanda juga menunjukkan kesan antiparasit dengan menghalang tumbesaran parasit jenis E. histolytica, N. brasiliensis, M. dessetae dan A. salina.

7. Kandungan Nutrisi Durian Belanda:

Dalam 100 gram buah ini, terdapat nutrien-nutrien seperti berikut:
  • Air: 81%
  • Tenaga: 66 kcal
  • Protein: 1 gram
  • Karbohidrat: 16.8 gram
  • Serat: 3.3 gram
  • Kalsium: 14 miligram
  • Zat besi: 0.6 miligram
  • Magnesium: 21 miligram
  • Kalium: 278 miligram
  • Vitamin C: 20.6 miligram
  • Folat: 14 mikrogram
  • Buah durian belanda juga turut mempunyai mineral dan vitamin seperti fosforus, zink, tembaga, selenium dan vitamin B.

Khasiat lain Durian Belanda:
  • Kaya vitamin C, merupakan antioksidan yang sangat baik untuk meningkatkan daya tahan dan melambatkan proses penuaan.
  • Meningkatkan tenaga kandungan fruktos dan karbohidrat semula jadi membuatkan diri kekal segar dengan bekalan tenaga secukupnya.
  • Merawat kekurangan air dalam badan.
  • Beri ketenangan dan tidur lena.
  • Melegakan kesakitan kerana daun buah durian belanda mengandungi sifat-sifat analgesik bertindak sebagai pain killer .
  • Merawat ulser mulut.
  • Mengawal tekanan darah dan hipertensi.
  • Mencegah keracunan makanan dihadapi oleh bayi.
  • Merawat buasir.
  • Mengawal jangkitan ringan pada hati.
  • Menghalang jangkitan parasit dalam badan.
  • Merawat demam.
  • Menguatkan sistem imunisasi.
  • Melegakan sakit belakang.
  • Mengawal kandungan gula dalam darah.
  • Mengurangkan masalah hati.
  • Merawat kulit menggelupas.
  • Merawat kaki bengkak.
  • Manfaat antipenuaan.
  • Mengatasi masalah rambut gugur, nipis dan kelemumur.

Walau bagaimanapun, makanlah buah ini dalam kadar sewajarnya kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan, antaranya seperti menyebabkan penyakit Parkinson.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Khasiat Durian Belanda 200 Kali Ganda Lebih Efektif Berbanding Rawatan Kemoterapi"

Posting Komentar