Loading...

PENGALAMAN TERKENA KERACUNAN MAKANAN DI MUSIM COVID-19

Loading...
Masa saya ke Kuala Lumpur pada awal bulan Mac yang lalu, saya telah di uji dengan demam panas yang agak teruk pada waktu malam. Apabila magrib je badan dan kepala mula panas dan hilang selera makan. Ada kalanya saya terpaksa berselimut kerana menggigil tiba-tiba kerana badan rasa kesejukan yang amat. Apa yang paling tak boleh tahan apabila kepala hadapan sebelah kiri ni sakit, rasa dia macam seolah-olah tak nak sembuh.


Ketika ni saya menumpang di rumah Moka di Cheras bersama Luqman, diorang la banyak jaga aku masa aku sakit. Bila dah tak tahan sangat, hari Ahad 8/3/20 saya dan Luqman ke unit kecemasan HUKM. Memandangkan pagi  tu pun dia kata tak sedap badan, alang-alang tu terus ajak dia pergi sekali.

Memandangkan sekarang ni musim wabak Covid-19, sebelum ke kaunter pendaftaran kami perlu lepas satu saringan dulu dimana kami di check suhu badan dan ditanya beberapa soalan berkaitan. Disebabkan suhu badan saya sangat panas dan ianya sudah berlarutan beberapa hari, doktor terus memberikan beberapa dokumen untuk saya berdaftar di kaunter pendaftaran. Alhamdulillah, melalui saringan pertama doktor telah memberitahu Luqman bahawa beliau bebas dari demam dan tidak perlu buat pemeriksaan lanjut.

Tanpa membuang masa, saya terus ke kaunter pendaftaran untuk berdaftar. Memandangkan saya bukan kakitangan kerajaan, saya telah dikenakan bayaran sebanyak RM50. Selepas itu, saya kembali ke lokasi saringan pertama tadi untuk mengambil darah.


Selepas proses mengambil darah, saya telah diberikan nombor giliran untuk saya tunggu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Masa menunggu dalam 30 minit lebih juga sebab doktor memerlukan keputusan dari blood test yang telah dibuat.

Selepas beberapa ketika, nombor giliran saya dipanggil . Seperti biasa, doktor mula menanyakan beberapa soalan berkaitan, check degupan jantung dan nadi semua. Melalui keputusan blood test yang telah dibuat, doktor memberitahu bahawa darah saya normal, cuma ada lebih darah putih sedikit.

Dari situ doktor memberitahu bahawa saya telah terkena keracunan makanan (food poisioning) dan menerangkan beberapa ubat dan antibiotik yang bakal beliau berikan kepada saya untuk di makan. Selepas urusan di bilik doktor, saya terus ke kaunter ubat dan terus balik ke rumah. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar dan tidaklah perlu menunggu lama.

Selepas balik dari HUKM, sakit saya semakin teruk. Cirit birit semakin menjadi-jadi, muntah-muntah sehinggakan saya tak boleh ke mana-mana. Mungkin reaksi dari ubat yang saya makan yang saya terima dari hospital kot. Oleh sebab yang demikian, saya hampir minta tolong abang saya untuk ambil dan bawa saya ke hospital pakar swasta untuk menerima rawatan selanjutnya. Memandangkan ianya makin teruk, seeloknya perlu masukkan ubat melalui drip lah kot. Warded semalam dua ke.  Tapi saya cuba bertahan. Sehinggalah saya ambil keputusan untuk pergi tumpang rumah abang long saya yang berada di Balakong, dan balik ke kampung beberapa hari selepas tu.

Seksa sakit ni memang teruk, ianya berlarutan sehingga beberapa hari sehingga bekalan ubat yang doktor bekalkan habis. Alhamdulillah sekarang saya sudah pulih.

Terima kasih pada kawan-kawan dan adik beradik yang banyak membantu semasa di Kuala Lumpur.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PENGALAMAN TERKENA KERACUNAN MAKANAN DI MUSIM COVID-19"

Posting Komentar