Loading...
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Tuan Mohd Shaid Bin Rosli menyampaikan ucapan perasmian sukan SEDESA kali ke- 8 di Sungai Buloh, Selangor hari ini.FOTO MOHD NAIM AZIZ. |
“Beberapa di kawasan DUN Jeram ini turut dimaklumkan kepada saya ada beberapa kes positif Covid -19. Jadi, kita seharusnya ambil langkah berhati-hati berikutan wabak ini”, jelasnya semasa menyampaikan ucapan perasmian Sukan Tahunan Kali Ke-8, Sekolah Kebangsaan Desa Aman (SEDESA), Sungai Buloh hari ini.
Justeru, beliau menasihati para penduduk di DUN Jeram dan sekitarnya meningkatkan langkah pencegahan.
Menurutnya, tindakan memaklumkan perkara itu bukan menakutkan penduduk tetapi sebagai nasihat mempertingkatkan usaha membendung penularan Covid-19.
“Elakkan aktiviti di tempat awam dan tumpuan orang ramai,” katanya.
Mohd Shaid juga mengingatkan sekiranya ada tanda- tanda serangan demam dan batuk kepada anak-anak terutamanya pelajar sekolah ibubapa hendaklah segera mendapatkan rawatan.
Menurutnya lagi Kementerian Kesihatan telah dapat memulihkan keadaan dan terkawal kerana belum ada dilaporkan kematian kususnya di Malaysia.
Terdahulu Mohd Shaid menyerahkan sumbangan peruntukan untuk PIBG dan sekolah selain telah mengadakan rundingan bersama bekas pemain badminton negara juga juara Dunia, Roslin Hashim bagi mewujudkan akademi badminton bagi menggilap gilap bakat anak- anak SEDESA. – MalaysiaGazette
Loading...
0 Response to "Seorang guru SK Sri Pristana positif Covid-19"
Posting Komentar