Loading...

Belajar dan mengajar bukan kerana peperiksaan, terima kasih KPM

Loading...
Satu perkongssian pendapat oleh seorang guru berkenaan pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia dan dikongsi ramai.

Ikuti pendapat Cikgu Matematik Rauf Fathi daripada laman FB beliau yang dikongsikan oleh PADU, KPM.

UPSR BATAL

1. Terima kasih YB Menteri Kanan Pendidikan yang memberi keutamaan luahan guru-guru, ibubapa berkenaan isu keselamatan dan kesihatan murid ketika Wabak Covid19.

2. Kami guru-guru menyambut baik berita ini. Ia sebenarnya memberi ruang kepada kami untuk mengajar dengan tiada unsur tekanan.

3. Natijahnya, guru-guru akan punya banyak waktu mengajar dengan pelbagai aktiviti kreatif dan pelbagai tanpa mengejar silibus.

4. Bila aktiviti kreatif dan pelbagai murid akan belajar dengan gembira. Cikgu pun gembira!

5. Maka, pembelajaran bermakna dapat dilakukan. Disitulah kunci kepada nilai sebenar Alam Persekolahan.

6. Satu saja harapan kepada anak-anak murid, batal UPSR bukan bermakna segala ilmu yang kita belajar sebelum ini tidak berguna.

7. Kita belajar bukan untuk UPSR! Kita belajar untuk masa depan.

8. Ilmu yang diajar itulah akan diaplikasikan dalam kehidupan.

9. Akhir kata, dekat bawah ni cikgu kongsikan kenapa kita belajar beberapa topik Matematik sebelum ini! Jangan pulak kata Matematik tak penting ye!!!

#ucurauf
#cikgumatematik
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Belajar dan mengajar bukan kerana peperiksaan, terima kasih KPM"

Posting Komentar