Loading...

KELUARKAN DUIT i-LESTARI KWSP AKAUN 2 UNTUK APA?

Loading...

Wabak Covid-19 memberi kesan yang cukup hebat kepada ekonomi negara. Oleh sebab yang demikian juga, ramai diantara kita terjejas dari segi kewangan dan hilang punca pendapatan. Dari sini kita dapat lihat bahawa ramai yang tidak bersedia menghadapi krisis ini kerana sebelum ini mereka kurang ada kesedaran dalam membuat tabungan kecemasan.

Sebagai langkah untuk membantu rakyat yang kini berada dalam situasi sukar berdepan dengan ancaman wabak merbahaya, Perdana Menteri Malaysia ada mengumumkan bahawa bagi sesiapa yang mempunyai caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pengeluaran dalam Akaun 2 anda. Namun, pengeluaran tersebut adalah terhad kepada jumlah maksimum RM500 sebulan. Diharap, dengan kelonggaran ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka yang hilang punca pendapatan.

Pada awalnya, saya sendiri tidak berniat untuk keluarkan wang KWSP saya kerana yakin bahawa wang tabungan sedia ada cukup untuk menampung keperluan saya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung. Tapi bila difikirkan balik, kenapa tidak dikeluarkan dan simpan atau laburkan di tempat lain. Jadi, saya cuba ambil peluang yang ada.


Pepatah Inggeris ada mengatakan, “NEVER PUT ALL YOUR EGGS IN ONE BASKET”. Kenapa tidak boleh letakkan semua telur dalam satu bakul? Andai bakul yang satu itu terlepas dari genggaman, kesemua telur akan pecah berderai. Tiada lagi yang tertinggal sebagai bekalan kita. Tetapi, jika kita bijak mengagihkan telur-telur itu ke beberapa bakul, tidak semua telur akan pecah andai terjadi apa-apa yang tak diingini.

Alhamdulillah, permohonan untuk keluarkan i-Lestari KWSP akaun 2 telah pun diluluskan. Pengeluaran wang dari i-Lestari KWSP akaun 2 ini bukan untuk saya gunakan, tapi saya merancang untuk menyimpan kembali wang tersebut di unit amanah (unit trust) sebagai tempat pelaburan kedua saya. Paling tidak, saya ada merancang untuk kestabilan kewangan saya untuk masa depan.

Dapatkan Unit Trust Dana Pilihan Anda Sekarang!

Sekiranya anda pun mempunyai plan yang sama dan berminat untuk membuat pelaburan jangka masa panjang di Unit Trust, korang boleh contact saya sendiri sebagai perunding unit trust RHB untuk maklumat lanjut. Anda boleh menghubungi saya sekarang melalui detail di bawah!

MAWARDI YUNUS | PERUNDING KEWANGAN UNIT AMANAH RHB
Hubungi / Whatapp : +60182266623

Anda telah membaca artikel berkenaan KELUARKAN DUIT i-LESTARI KWSP AKAUN 2 UNTUK APA?
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KELUARKAN DUIT i-LESTARI KWSP AKAUN 2 UNTUK APA?"

Posting Komentar