Loading...

LANGKAH CEGAH COVID-19 KETIKA MEMBELI BARANG KEPERLUAN

Loading...

LANGKAH CEGAH COVID-19 KETIKA MEMBELI BARANG KEPERLUAN | Duduk di rumah bukanlah satu hal yang mudah untuk dipraktikkan bagi sesetengah orang. Nak nak kalau ianya memakan masa yang sangat lama. Sampai satu tahap, kita juga perlu keluar untuk cari dan tambah barang keperluan terutama makanan sebelum kehabisan stok. Adakah selamat untuk kita keluar?

Tapi harus diingatkan, banyak hal yang perlu kita ambil peduli untuk mengelakkan dan mencegah diri kita dari dijangkiti virus COVID-19 ketika berada diluar rumah untuk urusan penting seperti membeli barang-barang keperluan. Apa yang utama, ikuti arahan yang telah ditetapkan oleh pemerintah. Pastikan korang keluar seorang diri, elak dari bawa kanak-kanak bersama. Selain dari itu, korang juga dinasihatkan untuk ikut langkah-langkah di bawah.

Topeng muka

Ada persoalan penting tentang penggunaan topeng muka ni pada mereka yang tak bergejala. Sebenarnya jika korang sihat dan tidak mempunyai sebarang simptom, tiada keperluan untuk anda memakai topeng muka. 

Pemakaian topeng muka sebenarnya lebih diperlukan oleh mereka yang tidak sihat, individu dengan sistem imun yang rendah, individu dewasa lebih berusia dan kanak-kanak. Tapi tidak salah untuk mereka yang sihat memakainya, paling tidak korang dilindungi.

Gel pembersih tangan (hand sanitizer)

Pada ketika ini, mungkin ramai dikalangan kita fobia dengan kebersihan keadaan sekeliling. Walaupun pihak premis seperti pasar raya mungkin telah melakukan disinfeksi pada permukaan, tetapi tiada salahnya anda juga mengambil langkah berhati-hati. 

Pastikan gel pembersih tangan sentiasa ada bersama korang. Pakai gel pembersih tangan ni sebelum memegang troli, eskalator, tombol pintu, butang lif mahupun sebelum memegang Nozel Pam Minyak semasa mengisi minyak kereta.

Sarung Tangan

Selain dari penggunaan gel pembersih tangan, korang juga boleh memakai sarung tangan sebelum menyentuh apa-apa permukaan yang berisiko. Penggunaan sarung tangan sangat diperlukan ketika melakukan beberapa aktiviti diluar termasuklah ketika berurusan di mesin ATM dan di stesyen minyak.

Pastikan korang membuka sarung tangan dengan betul sebaik sahaja selepas digunakan (selesai urusan) dan buang ke dalam tong sampah. Elak untuk pakai sarung tangan tersebut sampai tiba di rumah. Kemungkinan korang sudah menyebarkan virus dimerata tempat sebelum tiba dirumah termasuk dalam kereka korang.

Jarak Sosial
Bila berada di lokasi yang mempunyai orang ramai, pastikan korang menjarakkan diri korang dengan individu lain sekurang-kurangnya 1 meter. Ini terutamanya jika individu terbabit tidak sihat dan mungkin mempunyai simptom. Kalau boleh, elakkan berada di kawasan atau tempat yang sesak dan tumpuan ramai.

Bersihkan Diri

Sekembali daripada membeli barangan keperluan, elakkan dari mendekati ahli keluarga. Sebaliknya , terus ke bilik mandi untuk mandi dengan sabun, basuh pakaian yang korang pakai ketika keluar.

Baca Doa

Selain dari itu, untuk umat islam kita boleh amalkan membaca doa untuk melindungi kita dari penyakit berbahaya. Selepas kita berusaha untuk mencegahnya, kita harus bertawakkal kepada Allah.



Sumber photo dari hellodoktor.com
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "LANGKAH CEGAH COVID-19 KETIKA MEMBELI BARANG KEPERLUAN"

Posting Komentar