Loading...

RESIPI ASAM PEDAS TELUR IKAN MAYONG

Loading...
Resepi Asam Pedas Telur Ikan Mayong

Resepi Asam Pedas Telur Ikan Mayong | Bagi sesetengah orang, mungkin tidak pernah jumpa dan tahu tentang Telur Ikan Mayong ni kan? Tapi, bagi mereka yang sukakannya, sudah pasti ianya menjadi makanan yang cukup exclusive.

Untuk pengetahuan korang, Telur Ikan Mayong ni boleh dimasak dengan beberapa variasi resipi seperti Resipi Telur Ikan Mayong Masak Lemak Cili Api dan Resipi Telur Ikan Mayong Masak Asam Pedas. Tengoklah pada citarasa masing-masing. Bagi saya sendiri, Telur Ikan Mayong ni lebih sedap jika dimasak Asam Pedas. Jadi, harini saya nak kongsikan dengan korang Resepi Asam Pedas Telur Ikan Mayong.

Bahan-Bahan
  • Telur ikan mayong secukupnya
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1 kuntum bunga kantan, dibelah 2
  • 1 genggam daun kesom
  • 1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
  • 2 senduk nasi penuh cili kisar
  • 1/2 camca besar pes asam jawa
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji tomato
  • Air secukupnya
Bahan-bahan kisar halus
  • 7 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan, dibakar
  • 1/4 camca teh halba

Step Memasak
  1. Cuci telur ikan (tak perlu keluarkan dari kantungnya), kemudian rendam dalam sedikit air yang diperah dengan jus limau kasturi, biarkan 10 minit, cuci kembali dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan serai dan serbuk kunyit. Kacau rata, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing, guna api kecil dan kacau sentiasa.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya (anggaran 1 liter). Biarkan mendidih. Tambah telur ikan dan kecilkan api. Tutup periuk dan biar telur masak dengan api kecil. Masak 8 - 10 minit. Kemudian masukkan tomato, dan daun kesum. Tambah lada hitam kisar, garam secukup rasa dan secubit gula. Jika semuanya ok boleh matikan api.
  4. Hidangkan.

Tips Sampingan
  • Jangan masak telur ikan tersebut terlalu lama kerana ia akan menjadi keras dan bila masak, telur ikan mayong akan terkeluar sendiri dari kantungnya
  • Masak dengan api yang kecil.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "RESIPI ASAM PEDAS TELUR IKAN MAYONG"

Posting Komentar