Loading...
Ikan Patin Masak Tempoyak sebenarnya mempunyai banyak versi. Saya sendiri pernah makan versi Temerloh dan versi Perak. Tapi antara dua-dua resipi ni saya lebih gemar pada resipi asli dari Temerloh. Kalau versi Perak diorang gunakan taugeh dalam resipi diorang. Jadi bagi saya rasa taugeh tu dah mengurangkan rasa sedap tempoyak tu. Apapon kalini saya nak kongsi dengan korang Resepi Mudah Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh, Pahang .
Bahan-Bahan
- 1 ekor ikan patin
- 1 senduk tempoyak
- 1 ikat daun kesum
- 1 batang bunga kantan
- 7 - 15 biji cili api (boleh tambah untuk lebih pedas)
- 1 inci kunyit hidup
- Air
- Garam
- Gula
Step Memasak
- Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan tumbuk perlahan-lahan sehingga semua bahan-bahan bergaul rata.
- Selepas selesai, masukkan terus bahan-bahan tadi dalam kuali yang sedia dah dimasukkan air dalam 4-5 cawan. Ikut kesesuaian masing-masing. Masak dengan api yang perlahan.
- Bila dah mendidih masukkan daun kesum & bunga kantan dan kacau perlahan-lahan.
- Selepas tu baru masukkan ikan patin. Jangan lupa perasakan garam & gula.
- Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.
- Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.
- Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
- Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan.
Loading...
0 Response to "RESIPI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK TEMERLOH PAHANG"
Posting Komentar