Loading...
Bulan ramadan cukup sinonim dengan kehadiran Kuih Akok. Kuih akok ni cukup popular di negeri Kelantan dan ianya mudah untuk didapati tidak kira musim. Memandangkan orang Kelantan ramai di luar negeri di seluruh Malaysia, jadi makanan ni sudah tidak susah untuk dicari. Bagi korang yang nak cuba untuk buat sendiri Kuih Akok ni, korang boleh cuba resipi ni untuk dapat Kuih Akok yang sedap dan lembut.
Bahan-Bahan
- 1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan)
- 1 cawan santan pekat
- 1 cawan gula melaka yangg diracik halus (3/4 cawan-manis just nice)
- 1/2 cawan gandum
- 3 helai daun pandan (carik-carikan)
- Secubit garam
- 1 cawan air
(Sukatan cawan/ mangkuk/ bekas yang sama)
Step Memasak
- Mula-mula, panaskan oven selama 15 minit pada suhu 200°C menggunakan api atas.
- Griskan acuan akok dengan minyak masak dan masukkan ke dalam oven
- Buat air gula dengan memasak air, gula pasir, gula melaka dan daun pandan dengan api kecil sehingga mendidih dan cair sepenuhnya. Matikan api dan biarkan sejuk. Keluarkan daun pandan.
- Satukan gandum, santan, air gula, telur dan garam di dalam blender. Kisar sehingga sebati. Tapiskan ke dalam bekas, kemudian hentak-hentakkan bekas ke atas kaunter tiga empat kali untuk membebaskan buih dari dalam adunan.
- Keluarkan acuan akok dari oven dan tuang adunan ke dalam setiap lubang acuan sehingga hampir penuh.
- Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 10 minit atau sehingga warna bertukar ke perang keemasan. Akok akan mengembang semasa dimasak dan akan mengecut perlahan-lahan bila dikeluarkan dari oven.
- Keluarkan dari oven dan sedia untuk dihidangkan.
Tips Tambahan
- Pecahkan telur dan masuk dalam cawan/bekas yang nak digunakan sebagai penyukat. Jumlah telur bergantung kada gred telur dan juga bekas yang korang digunakan.
- Santan pekat dan tepung gandung. Gandum adalah setengah dari jumlah sukatan santan.
- Semasa bakar, kuih akok akan kembang (mengelembung). Jangan risau, bila masak & dikeluarkan dari oven ia akan mengecut dan menjadi akok kedut.
- Nak lebih best, korang guna lah cara pembakaran tradisional dengan menggunakan arang dan sabut kelapa.
Loading...
0 Response to "RESIPI KUIH AKOK KELANTAN"
Posting Komentar