Loading...

KEPENTINGAN & KELEBIHAN KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD) UNTUK SEMUA ORANG

Loading...

KEPENTINGAN & KELEBIHAN KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD)

Assalamualaikum, harini saya nak kongsikan dengan korang tentang info dan kelebihan yang ada pada medical card. Untuk pengetahuan korang, saya bukanlah seorang agen insuran yang sedang mencari sale atau apa melalui penulisan perkongsian ni. Just buat artikel ni sekadar untuk berkongsi untuk kebaikan bersama.

Alhamdulillah kesedaran saya untuk ambil medical card ni sangat tinggi sehinggakan saya cuba sebaiknya untuk memilikinya seawal mungkin walaupun waktu tu saya masih dalam tempoh belajar (master) di UPM dan tidak bekerja tetap. Bukan kerana takut akan sakit semata, tapi kesedaran bahawa jika berlaku perkara yang memerlukan rawatan perubatan di hospital kelak ia sudah semestinya akan memakan belanja yang besar. Jadi, ini adalah salah satu usaha saya untuk tidak membebankan siapa-siapa especially keluarga saya jika apa-apa berlaku kepada saya.

PENGALAMAN CLAIM MEDICAL CARD

Saya sendiri ada pengalaman menggunakan medical card untuk membayar kos perubatan  pembedahan tonsil di Hospital Pantai Cheras pada beberapa tahun lepas. Orang kata malang memang tidak boleh diduga, tapi Alhamdulillah sebelum perkara ni terjadi keatas saya, saya telah mengambil dan membayar medical card sudah hampir setahun setengah. Pihak insuran (medical card) telah meluluskan untuk membayar kos perubatan saya selepas mengambil masa sedikit untuk siasatan penyakit yang saya hidapi.

Untuk pengetahuan korang, kos perubatan pembedahan termasuk bilik saya ketika itu mencecah RM20,000. Alhamdulillah, hampir keseluruhan kos perubatan saya termasuk tiga (3) bulan sebelum dan tiga (3) bulan selepas pembedahan di cover oleh pihak insurance (medical card) yang saya ambil. Hanya RM80 sahaja saya perlu bayar (atas kos penginapan) kerana pada hari pertama selepas pembedahan saya telah di masukkan ke ICU. Pakej yang saya ambil hanya membenarkan harga maximum RM200 sehari untuk bilik. Tapi, harga stay di ICU semalaman pula adalah RM280.


APA ITU KAD PERUBATAN 

Kad perubatan atau juga lebih popular disebut sebagai "medical card" adalah kad yang dikeluarkan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful yang membolehkan korang mendapatkan perkhidmatan perubatan tertentu, di hospital-hospital yang telah ditetapkan oleh pelan insurans yang diambil. Jenis perkhidmatan perubatan yang diterima adalah tertakluk kepada jenis liputan perlindungan polisi dipilih. Perkhidmatan juga di dapati tanpa perlu membuat bayaran tunai, selagi premium bagi pelan anda berterusan.

BAGAIMANA MEDICAL CARD BERFUNGSI

Kebiasaannya, syarikat insurans atau takaful akan menyediakan beberapa pelan polisi perlindungan perubatan yang berlainan dari segi liputan perlindungan seperti jumlah perlindungan, jumlah elaun hospital dan lain-lain. Ini pula akan menentukan harga (premium) bulanan yang perlu dibayar oleh kita. Syarikat insurans akan mengeluarkan kad perubatan bagi polisi perubatan yang dipilih yang boleh digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan di hospital.

Pendaftaran masuk ke hospital dipermudahkan dengan adanya medical card selagi perkhidmatan yang diperlukan terkandung di dalam liputan pelan. Bayaran bil perubatan juga tidak perlu dibuat kerana pihak hospital akan dapatkan bayaran terus daripada syarikat insurans tersebut.

ELAUN TUNAI HARIAN | Bagi sesetengah plan medical card, korang akan menerima elaun tunai harian, iaitu wang tunai kepada pemegang polisi selama berada di wad hospital. Wang ini boleh di katakan sebagai pengganti kepada pendapatan korang kerana tidak dapat bekerja sewaktu di wadkan.

Contohnya :

Sekiranya pemegang polisi kehilangan pekerjaan akibat sesuatu penyakit yang memaksannya terlantar di hospital selama 2 bulan, elaun tunai ini dapat bantu beliau membayar bil elektrik dan air. Elaun ini juga penting sekiranya terdapat kos rawatan yang tidak termasuk di dalam liputan perlindungan medical card korang.

Tetapi, elaun tunai harian ini kebanyakannya tidak terkandung di dalam liputan perlindungan kad perubatan biasa, tetapi boleh dimasukkan jika mahu sebagai perlindungan tambahan.

BILIK & PENGINAPAN DI HOSPITAL | Selain dari elaun tunai harian, Medical card juga  ada memperuntukkan pembayaran bagi bilik penginapan di wad hospital. Jika memilih pelan di mana bilik dan penginapannya adalah RM200, ini bererti korang hanya layak tinggal di bilik yang berharga tidak lebih dari itu. Sekiranya anda ingin upgrade atau naik taraf ke bilik yang lebih tinggi bayarannya, selebihnya perlulah ditanggung sendiri oleh anda.

Contohnya:

Harga Penginapa Sehari : RM 280
Manfaat pelan membayar : RM 200
Pemegang polisi membayar : RM 80

Harga Penginapa Sehari : RM 190
Manfaat pelan membayar : RM 190
Pemegang polisi membayar : RM 0

HOSPITAL PANEL | Setiap medical card mempunyai senarai hospital panel di mana pemegang kad perubatan tersebut layak mendapatkan rawatan. Jenis hospital adalah berlainan mengikut jenis kad perubatan. Pelan yang minima tidak mungkin dapat hospital swasta yang bertaraf lima bintang sebagai panel ya. Jadi korang dinasihatkan untuk semak dahulu senarai hospital panel yang terlibat bagi plan yang korang akan pilih untuk pastikan hospital-hospital yang tersenarai adalah yang bereputasi baik dan mudah untuk diakses oleh korang dan keluarga korang.

HAD COVERAGE MEDICAL CARD

Ada seperkara yang korang perlu tahu bahawasanya medical card tidak melindungi bil hospital seumur hidup. Setiap medical card mempunyai syarat kelayakan dan tempoh perlindungan yang tertentu. Paling penting, korang perlu tahu had coverage tahunan dan had coverage seumur hidup medical card yang korang ambil. 

HAD TAHUNAN | Had tahunan adalah had maksima jumlah manfaat yang diperuntukan terhadap kos rawatan pemegang polisi bagi tempoh setiap tahun selagi polisi berkuatkuasa. Sebagai contoh, jika had tahunan sesuatu kad perubatan adalah pada RM100,000, pemegang polisi hanya boleh menuntut sebanyak RM 100,000 bagi rawatan penyakitnya sepanjang tempoh tahun tersebut. Jika kos rawatannya melebihi RM 100,000, beliau perlulah menanggung sendiri kos selebihnya. Sekiranya beliau masih memerlukan rawatan pada tahun hadapan polisi, pelannya akan memperuntukkan manfaat sebanyak RM 100,000 lagi.

Contohnya:

Tahun pertama ~ Jumlah kos rawatan : RM 150,000
Manfaat pelan membayar : RM 100,000
Pemegang polisi membayar : RM 50,000

Tahun kedua ~ Jumlah kos rawatan : RM 100,000
Manfaat pelan membayar : RM 100,000
Pemegang polisi membayar : RM 0

HAD SEUMUR HIDUP | Manakala had seumur hidup pula adalah had maksima jumlah manfaat yang diperuntukkan terhadap kos rawatan pemegang polisi sepanjang hayat beliau selagi kad perubatan berkuatkuasa. Pelan perubatan akan tamat secara otomatik sekiranya manfaat pelan yang dibayar telah mencapai had seumur hidup bagi seseorang pemegang polisi.

Contohnya:

Had seumur hidup sesuatu pelan ialah RM 1 juta, manakala had tahunannya pula adalah RM 100,000. Ini bererti seseorang pemegang polisi akan membelanjakan RM100,000 terhadap kos rawatan setiap tahun selama 10 tahun untuk menikmati manfaat sepenuhnya sebanyak RM 1 juta itu.

Dengan kos perubatan yang meningkat pada kadar inflasi 10-12% setahun, korang perlu berfikir masak-masak berapakah jumlah had tahunan yang munasabah mengikut kemampuan diri. Pada kebiasaannya, pesakit tidak akan berterusan menanggung sesuatu penyakit selama lebih beberapa tahun. Jadi jika dilihat di sini, mungkin wajar kepentingan diberikan kepada had tahunan yang tinggi berbanding had seumur hidup yang tinggi.

Dengan maklumat yang telah saya kongsikan di atas ni, saya harap dapat membantu korang serba-sedikit untuk mengetahui tentang kepentingan dan kelebihan medical card bila berlakunya kecemasan. Untuk maklumat yang lebih lanjut, korang boleh berurusan dengan mereka yang bertauliah dalam hal ini.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KEPENTINGAN & KELEBIHAN KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD) UNTUK SEMUA ORANG"

Posting Komentar