Loading...
Sayang!! Produk dah bagus, ramai yang puji. Tapi tak dapat tarik lebih pelanggan untuk urusan jual beli produk korang.
Inilah hal yang selalu terjadi!! Kadang-kadang terbeli beli sesuatu produk (produk makanan contohnya) yang dijual di tepi jalan atau sebagainya dan bawa balik. Bila rasa produk tu sedap dan nak beli lagi, tak ada details yang diletakkan di packaging tersebut. Rasa frust tu ada, sebab bukan mudah nak dapat makanan sesedap tu kat tempat lain. Nak-nak untuk anda yang berniaga tanpa ada tempat yang tetap. Macamana orang nak cari? Korang pulak macamana nak dapat return customers?
Tambah pulak sekarang ni semua benda orang nak buat secara online. Yelah, kalau duduk jauh pun masih boleh buat tempahan dan terima melalui penghantaran kan. Jadi kalau betul produk korang memang benar-benar bagus atau berkesan untuk ramai orang, berapa agaknya sales yang korang termiss dari situ? Alahai ruginya.
Jadi nasihat saya, walau sekecil mana perniagaan korang. Kalau tak mampu untuk print custom packaging sekali pun, letaklah apa-apa note pada bungkusan produk anda. Paling tidak sticker yang ada details tentang produk dan contact anda. Ini mudah untuk menjadi rujukan kepada pembeli tentang produk anda. Details ini juga boleh diambil dan di berikan kepada kenalan mereka sebagai cadangan bila ada yang bertanya. Di sinilah kita dapat menikmati sales hasil dari iklan percuma "mulut ke mulut".
Contoh design dan cetakan sticker untuk brand Sajian Bonda
Printing atau sticker ni akan menjadi salah satu platform yang boleh digunakan untuk branding serta mempromosikan product anda.
- Product akan lebih dipercayai
- Product kelihatan lebih professional
- Menyampaikan info product
- Menghiasi packaging product
Pada pendapat saya, cetakan sticker merupakan penglabelan produk yang murah dan terbaik. Sticker dapat dicetak dalam kuantiti yang banyak pada sehelai kertas, sangat menjimatkan kerana kebiasaannya kos mencetak satu (1) sticker hanya beberapa sen sahaja. Tak hairan jika ramai peniaga di luar sana memilih cetakan sticker untuk permulaan business diorang.
APA YANG PERLU ADA PADA DESIGN STICKER BUSINESS ANDA?
NAMA JENAMA
- Hal paling penting adalah BRAND (jenama), ini adalah untuk memudahkan pelanggan membezakan kita dari produk pesaing kita.
- Ianya perlu dicetak dengan jelas dan tidak mengelirukan si pembaca.
NOMBOR PHONE
- Cukup sekadar nombor telefon untuk pelanggan hubungi jika ingin membuat pesanan atau betanyakan apa-apa hal berkaitan dengan produk anda.
- Pastikan nombor yang diletakkan juga jelas dicetak.
- Pastikan juga nombor telefon tersebut adalah nombor yang aktif & mudah diakses.
SOCIAL MEDIA HANDLE
- Social media handle sangat penting untuk urusan rujukan.
- Pelanggan sudah semestinya akan melakukan survay terhadap produk & perkhidmatan kita sebelum membuat tempahan.
- Pastikan social media anda aktif & sentiasa terupdate dengan hal-hal yang boleh menyakinkan pelanggan.
Walaubagaimanapun, pandangan pertama pembeli adalah dengan melihat stiker produk anda, maka anda haruslah dapatkan reka bentuk stiker yang menarik dan cantik. Jadi, cubalah design stiker korang supaya lebih nampak attractive.
Anda mencari stiker yang berkualiti tinggi untuk produk anda? Anda mahukan stiker yang murah? Saya boleh bantu anda. Insyaallah, saya akan cuba bagi harga design termasuk printing yang murah dan terbaik untuk anda. Selain dari sticker, saya juga menyediakan service design poster, business card dan lain-lain.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai design dan printing, anda boleh menghubungi info yang dinyatakan di bawah ini.
Whatsapp :
Loading...
0 Response to "PRODUK DAH BAGUS, RAMAI YANG PUJI. TAPI SALE KURANG, KENAPA?"
Posting Komentar