Loading...

RESIPI SIHAT PUDING ROTI KISMIS CALIFORNIA DENGAN SOS KASTARD

Loading...
KISMIS CALIFORNIA

PUDING ROTI KISMIS DENGAN SOS KASTARD sudah semestinya akan jadi juadah pencuci mulut paling popular untuk dihidangkan di pagi raya. Ini mungkin kerana kaedah pembuatan Puding Roti ni tidak susah dan tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan. 

Tapi faham-fahamlah, kuih muih ni biasanya perlukan banyak gula untuk jadikannya sedap ! Bagaimana agaknya cara nak mengurangkan pengambilan gula tetapi dalam masa yang sama ingin kekalkan rasa kemanisan biskut dan kuih raya ya? Saya ada terbaca satu artikel perkongsian dari Rushda Adiba Ismail (Dietitian, KPJ Damansara Specialist Hospital) tentang tips dan panduan penyediaan hidangan sihat di Hari Raya. Antara salah satu dari tips yang beliau kongsikan adalah ; 
  • Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan kismis

Jadi sebagai alternatif, kismis boleh digunakan bagi menggantikan gula kerana ia manis secara semulajadi dan tiada gula tambahan. Tapi, pemilihan jenis kismis pun sangat penting bagi menjamin kualitinya dan kita dapat apa yang diperlukan.

KISMIS CALIFORNIA

Nak lebih bagus, korang guna Kismis California. Kismis dari brand ni sangat sesuai digunakan untuk penyediaan pencuci mulut, biskut dan kuih raya. Kismis California mudah didapati di pasaran untuk kegunaan dalam resepi masakan. Korang tak perlu risau, Kismis California ni telah dikeringkan di bawah matahari dan rasa manis buah kering ini terbit secara semulajadi. Ini menjadikan kismis California snek berkhasiat yang sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur.

Bagi Syawal ini, penyediaan biskut Raya, pencuci mulut atau hidangan utama dengan menggunakan Kismis California sangat digalakkan untuk menggantikan penggunaan gula. Resepi ringkas menggunakan Kismis California boleh dicuba seperti resepi berikut. 

RESIPI PUDING ROTI KISMIS CALIFORNIA DENGAN SOS KASTARD
Masa Penyediaan: 20 minit
Masa Memasak: 30 minit

RESIPI SIHAT PUDING ROTI KISMIS CALIFORNIA DENGAN SOS KASTARD

Bahan-Bahan:

A) Puding Roti:
  • 60 gm Kismis California
  • 8 keping roti putih
  • 500ml susu rendah lemak
  • 2 biji telur,saiz sederhana
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil esen vanila
B) Sos Kastard
  • 300ml susu rendah lemak
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar tepung kastard
Bahan tambahan:
  • 1 sudu kecil mentega untuk gris permukaan loyang
Cara-cara Penyediaan:
  1. Panaskan oven 10 minit pada suhu 180°c.
  2. Satukan susu rendah lemak, 30 gm Kismis California, telur, gula dan esen vanila dalam satu bekas.
  3. Koyakkan roti atau boleh potong 4. Kemudian rendam roti ke dalam campuran tadi. Pastikan semua bahagian roti terendam dan meresap bahan cecair tadi.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris mentega. Taburkan baki kismis, 30 gm ke atas adunan puding roti. Biarkan dalam 10 minit.
  5. Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit.
  6. Untuk sos kastard, campurkan semua bahan B ke dalam periuk dan kacau hingga menjadi pekat. Gunakan api kecil.
  7. Puding roti boleh dipotong dan tuang sos kastard ke atas puding roti.
Selain dari resipi puding roti, Cik Rushda Adiba Ismail juga ada kongsikan resipi makanan sihat SALAD SAYUR BERSAMA KISMIS CALIFORNIA untuk korang cuba.

SALAD SAYUR BERSAMA KISMIS CALIFORNIA
Masa Penyediaan: 10 minit

KISMIS CALIFORNIA

Bahan-Bahan:
  • 60 gm Kismis California
  • Daun salad (merah dan hijau)
  • Ceri tomato
  • Lobak merah, hiris panjang
  • Sos salad (thousand island dressing)
Cara-cara Penyediaan:
  1. Basuh dan toskan daun salad, kemudian potong kecil.
  2. Dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan-bahan. Gaul rata bersama sos salad dan sedia dihidang.
  3. Sesuai dinikmati sebagai snek (sejukkan dahulu) atau boleh dihidang bersama hidangan utama semasa perayaan.
Harga Kismis California berpatutan dan mudah didapati di pasar raya dalam bungkusan makanan ringan dan senang dibawa.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai fakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California, sila lawati laman web https://www.raisins.org
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "RESIPI SIHAT PUDING ROTI KISMIS CALIFORNIA DENGAN SOS KASTARD"

Posting Komentar