Loading...
Nampak sama tapi ianya berbeza. Mungkin ada yang tahu, mungkin juga sesetangah daripada kita tak pernah tahu pun (macam saya) yang tin sardin ni ada dua jenis ikan yang berbeza iaitu Ikan Sardin dan Ikan Mackerel. Saya tahu pun lepas baca satu post orang kongsi di Facebook. Jadi selama ni memang main beli jela. huhu
Mana tidaknya, kalau korang tengok sekali imbas daripada design, saiz dan bentuk tin sama je dan korang pun mungkin tak pernah terfikir produk ni ada dua jenis. Tapi kalau lihat pada warna perkataan, gambar ikan dan label pada tin, anda akan jumpa perbezaan dua jenis tin ikan ni.
Apa perbezaan Ikan Sardin dan Ikan Mackerel ni?
Untuk pengetahuan korang perbezaan pada Ikan Sardin dan Ikan Mackerel ni adalah saiz dan kuantiti ketulan ikan. Kalau korang buka tin sardin yang lebel ‘ikan sardin’, ikannya agak kecil dan kuantiti banyak. Selalunya akan ada 4 ketul. Kalau buka tin sardin yang mempunyai tanda ikan mackerel, kuantiti sikit iaitu 2 ketul je tapi saiz ikannya agak besar.
Kalau sentuh bab rasa antara kedua-dua jenis ikan ni, ramai yang kata lebih kurang je. Tapi bagi saya rasa sardin lebih ok sikit kot dari Mackerel. Mungkin rasa sama tu sebab dua-dua dalam based sos tomato dari resipi yang sama kan. Tu pandangan sayalah kot. Jadi, lepas ni jangan pelik pulak kalau kuantiti ikan dalam tin sikit atau banyak. Cuba check tin sardin korang tu, adakah ia Ikan Sardin atau Ikan Mackerel.
Loading...
0 Response to "RUPANYA AYAM BRAND ADA DUA PRODUK BERBEZA IAITU SARDIN DAN MACKEREL"
Posting Komentar