Loading...
Mesti ramai di antara korang sukar untuk mendapatkan idea bagaimana untuk membuat tulisan jawi dalam proses rekabentuk grafik menggunakan Adobe Illustrator kan? Ianya sudah semestinya mustahil jika komputer korang tidak di programkan dengan penulisan jawi atau arab.
Tapi, korang tak perlu risau kerana article saya pada kali ni akan menunjukkan cara-cara mudah untuk menulis tulisan jawi atau arab di Adobe Illustrator walaupun komputer korang hanyalah sekadar komputer biasa yang tidak diprogramkan khas untuk tulisan jawi atau arab.
Ternyata ini yang akan berlaku sekiranya, kita menggunakan cara copy dan paste tulisan jawi ke aplikasi di Adobe Illustrator. Tulisannya tidak akan kelihatan sepertimana yang asal & error.
Jadi berikut merupakan "Hacks Tulisan Jawi & Arab di Adobe Illustrator" yang mudah dan menjimatkan masa yang boleh korang cuba.
STEP 1
Jika client meminta untuk menggunakan tulisan jawi di dalam design mereka, korang boleh mendapatkan bantuan penukaran tulisan dari rumi ke jawi secara online di laman sesawang (website) ejawi.net .

Caranya sangat mudah, anda hanya perlu masukkan perkataan dalam tulisan rumi yang anda ingin tukarkan ke jawi di ruangan "Your Malay Text Here" dan klik butang "Convert" untuk mendapatkan Transliterasi perkataan anda. Hasil dari transliterasi akan anda peroleh di ruangan kotak di bahagian bawahnya yang tertulis "Conversion Result".
Sebagai contoh, saya ingin menukar perkataan "Salam Sejahtera" dalam tulisan rumi ke dalam tulisan jawi seperti dalam gambar di atas.
STEP 2
Anda perlu "zoom tatapan screen" yang menunjukkan tulisan jawi tadi sebesar mungkin (maximum) yang boleh. Kemudian buat "screenshot" tatapan tersebut.
Simpan file yang telah di screenshort tadi dalam format .JPG,.PNG atau apa-apa format yang boleh di akses oleh Adobe Illustrator.
STEP 3
Kemudian, buka software Adobe Illustrator di laptop anda dan import file tadi. Seterusnya klik pada gambar yang telah di export tadi dan klik pada Object >> Image trace >> Make and Exoand.
Akhir sekali, tulisan tersebut sudah bersedia untuk dipindahkan dan digunakan pada design anda di Adobe Illustrator.
Jadi itulah tutorial ringkas bagaimana cara untuk memasukkan tulisan jawi ke dalam design di software Adobe Illustrator. Terima kasih.
Loading...
0 Response to "TUTORIAL BUAT TULISAN JAWI DI ADOBE ILLUSTRATOR"
Posting Komentar