Loading...
Sejak dari pertama kali saya menggunakan U.S Potatoes dalam masakan saya, saya dah mula jatuh cinta. Tak salah untuk saya katakan bahawa U.S Potatoes sangat berbeza dari kentang-kentang dari jenama lain di pasaran. Untuk pengetahuan korang juga, U.S Potatoes boleh membekalkan nutrien penting pada harga yang termampu. Satu hidangan kentang (5.3 auns) hanya berharga RM1.50 sahaja. Bayangkan kentang yang mempunyai kandungan kalium, serat, protien, vitamin C dan E, kalsium, besi dan magnesium tertinggi bagi setiap wang yang digunakan mengatasi sayuran lain.
CHEF SABRI MEMASAK GUNA KENTANG A.S
Jangan lepaskan peluang korang untuk menyaksikan segmen memasak secara Live di Facebook bersama chef yang terkemuka iaitu Master Chef Sabri Hassan .
Master Chef Sabri Hassan akan memasak secara live resipi enak menggunakan U.S Potatoes. Beliau akan berkongsi dua (2) masakan Malaysia yang enak dan senang untuk diikuti menggunakan U.S Potatoes yang berkhasiat. Resipi tersebut adalah Bergedil Kentang A.S. Pedas (Stuffed Spicy U.S Hash Browns in Dried Bean curd) dan juga resipi Rendang Kentang A.S. Russet (U.S. Russet Potato Rendang). Berikut merupakan info untuk segmen memasak tu nanti :
Tarikh : 6 Jun 2020 (Sabtu)
Masa : 3.00 petang
Lokasi : Live stream laman Facebook MY Potatoes USA
U.S Potato Online Contest
Alang-alang korang dah terjah Facebook My Potatoes USA tu, apa kata korang join contest yang mereka tengah anjurkan iaitu 'U.S Potato Online Contest'. Caranya sangat mudah. Korang hanya perlu memasak apa-apa resipi ciptaan sendiri menggunakan U.S Potatoes yang berkhasiat, namakan resipi tersebut dan muat naik di Facebook atau Instagram korang. Gunakan hashtag #VersatileUSPotatoes #USPotatoDish dan pastikan akaun korang adalah 'public' ye. 100 peserta awal yang muatnaik resipi ciptaan sendiri menggunakan U.S Potatoes akan memenangi Potatoes USA Cooler Bag edisi terhad dengan buku-buku resipi.
Tarikh tutup penyertaan : 16 June, 2020
Tarikh keputusan pemenang : 20 June, 2020
Keputusan akan diumumkan di Facebook page MY Potatoes USA FB
Jangan lupa bahawa korang ada temujanji pada 6 Jun 2020 (Sabtu) jam 3 petang untuk demonstrasi memasak secara langsung dengan Chef Sabri Hassan. Mark your calender now!!
Loading...
0 Response to "FB LIVE CAMPAIGN 2020 : CHEF SABRI MEMASAK GUNA KENTANG A.S"
Posting Komentar