Loading...

JERAM MENGAJI : SERIUS CANTIK, DAH MACAM KAT OVERSEA!

Loading...

Mesti ramai yang dah mula plan untuk bercuti selepas wabak covid19 melanda ni kan? Sekarang Malaysia dah semakin pulih dan sudah membenarkan untuk rakyatnya untuk support industri pelancongan di dalam negara.

Memandangkan tahun 2020 ni juga merupakan tahun melawat Kelantan. Jadi, saya sendiri sebagai anak Kelantan rasa bertanggungjawab untuk mempromosikan negeri sendiri. Lokasi menarik yang saya nak kongsi dengan pembaca hari ni adalah di Jeram Mengaji yang berada di daerah Pasir Puteh. Lokasi dia dah tak jauh sangat dengan sempadan daerah Machang.


Siapa sangka pemandangan di sini seakan di tanah tinggi di Kundasang Sabah. Ada pula kumpulan lembu ternak bertompok hitam putih menghidupkan lagi suasana dan seolah berada di luar negara (New Zealand). Cuma yang membezakan adalah cuaca. hehe.


Lokasi ni bagi saya sangat insta-worthy dan sangat sesuai untuk mereka yang suka bergembar. Masa saya datang sini dalam jam 5.30-6.00 petang macam tu. Mungkin nasib juga nak dapat view lembu dekat-dekat macam ni. Untuk dapat view macam ni, korang boleh parking kereta di kawasan berkelah Jeram Mengaji dan jalan kaki je.


Dekat kawasan-kawan ni juga ada kedai yang menjual susu lembu, dadih dan yogurt. Sambil-sambil minum susu boleh la berehat dan menikmati view bukit yang menghijau.

Hope kerajaan negeri Kelantan boleh majukan dan fokus lagi untuk bangunkan tempat ni sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong. Wujudkan lebih banyak kemudahan dan kedai yang boleh tarik minat untuk orang ke sini. Kan best kalau ada aiskrim yougurt macam kat kundasang tu. sedapnya!!

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "JERAM MENGAJI : SERIUS CANTIK, DAH MACAM KAT OVERSEA!"

Posting Komentar