Loading...

KELANTAN SIGHTSEEING TOUR | PAKEJ MELANCONG DI KOTA BHARU

Loading...

Baru-baru ni, saya dan kawan-kawan berpeluang berjalan-jalan menerokai beberapa lokasi menarik yang ada di Kelantan khususnya sekitar Kota Bharu. Apa yang menariknya, trip kali ni bukanlah trip terjah seperti biasa yang kami buat tau. Trip kali ni kami menggunakan pakej Kelantan Sightseeing Tour, dimana ianya satu pakej jalan-jalan yang sangat murah dan lengkap beserta pemandu pelancong.



KELANTAN SIGHTSEEING TOUR

Sempena Tahun Melawat Kelantan 2020 (TMK2020), Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan dengan kerjasama Tourism Malaysia Wilayah Timur / Kota Bharu, Majlis Perbandaran Kota Bharu, Jasa Teratai Holiday dan Asia Travel & Tours dan Firefly telah memperkenalkan program Kelantan Sightseeing Tour bagi memupuk aktiviti pelancongan domestik di negeri Kelantan melalui pakej dan menggunakan khidmat pemandu pelancong. Melalui pakej ini pelancongan akan lebih berkesan kerana setiap lokasi yang dilawati akan mempunyai nilai penceritaan yang sangat menarik yang tidak akan di perolehi jika melancong tanpa pemandu pelancong. Selain daripada itu, ia turut akan membantu pemandu pelancong untuk meraih pendapatan harian dengan bertugas secara giliran.


Untuk pengetahuan korang, Pakej Kelantan Sightseeing Tour terbahagi kepada 3 (dengan laluan yang berbeza). Jadi korang bolehlah pilih pakej yang bersesuaian dengan kehendak dan masa korang.
  1. Kelantan Sightseeing Tour (9.00am - 12.30pm / Setiap Hari)
  2. Kelantan Panoramic Tour (2.20pm - 6.00pm / Setiap Hari)
  3. Kelantan Saturday Fun (9.00am - 12.30pm / Setiap Sabtu)
Kelantan Sightseeing Tour


Kelantan Panoramic Tour

Kelantan Saturday Fun

Harga Asal :
Dewasa – RM 80.00
Kanak-Kanak (4 – 11 tahun) – RM 40.00

**Promosi bermula 10 September sehingga 31 Disember 2020
Dewasa : RM 40.00
Kanak-Kanak (4 -11 tahun) : RM 20.00

Program Kelantan Sightseeing Tour merupakan usaha bersama rakan-rakan strategik:
  • Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan – Pengerak utama
  • Tourism Malaysia Wilayah Timur / Kota Bharu – Promosi
  • Majlis Perbandaran Kota Bharu – Kawalan serta menjaga kebersihan kawasan lokasi pelancongan
  • Jasa Teratai Holiday dan Asia Travel & Tours – Ground handler
  • Firefly - Menyediakan penerbangan daripada 3 destinasi ke Kota Bharu iaitu Subang, Pulau Pinang dan Johor.
Jika korang berminat untuk mengikuti pakej-pakej yang ada, bolehlah membuat tempahan atau mendapatkan maklumat lebih lanjut di :

Tel : +6012 9016373
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KELANTAN SIGHTSEEING TOUR | PAKEJ MELANCONG DI KOTA BHARU"

Posting Komentar