Loading...

CARA MUDAH BUKA AKAUN PERNIAGAAN "CURRENT ACCOUNT" DI MAYBANK TANPA PERLU "INTRODUCER"

Loading...

cara buka current akaun maybank tanpa introducer

CARA MUDAH BUKA AKAUN PERNIAGAAN (CURRENT ACCOUNT) DI MAYBANK TANPA PERLU "INTRODUCER" | Ramai yang bermasalah untuk mencari introducer sebagai syarat wajib yang di tetapkan untuk membuka akaun perniagaan pada sebelum ini. Alhamdulillah, Maybank kini telah memecah tradisi dengan melancarkan kemudahan pembukaan akaun perniagaan tanpa introducer yang diberi nama SME FIRST-i. Jadi ianya sangat membantu peniaga-peniaga kecil khususnya untuk membuka akaun perniagaan.

CARA MENDAFTAR AKAUN PERNIAGAAN TANPA INTRODUCER

1) Daftar akaun perniagaan korang melalui link berikut :
2) Apabila selesai mendaftar di link tersebut. Anda akan menerima access kod yang diberi melalui sms. (Simpan nombor ini untuk register online banking nanti).
3) Anda juga akan menerima email dari maybank. Dalam email tersebut ada dinyatakan nombor account serta nombor reference. (simpan nombor-nombor berikut untuk urusan semasa berjumpa pegawai bank nanti)

DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN

Sediakan dokumen-dokumen berikut sebelum ke cawangan maybank yang telah korang daftar dalam sistem :
  1. MyKad
  2. SSM Certificate Registration
  3. SSM Form A
  4. SSM Business Info
  5. Cop Company (Ada nama perniagaan dan SSM Registration number)
*Bagi yang mendaftar SSM secara online, bawa je semua dokumen yang pihak SSM bagi tu (sediakan dokumen yang telah di fotocopy untuk setiap helaian dokumen SSM termasuk MyKad pemohon).

URUSAN DI CAWANGAN MAYBANK

  • Pastikan anda pergi ke cawangan Maybank yang anda daftar dalam sistem dalam tempoh masa 10 hari untuk aktifkan akaun yang telah didaftarkan secara atas talian tu.
  • Tunjukkan reference number yang kita dapat melalui email kepada pegawai bank yang bertugas.
  • Bagi semua salinan dokumen yang diperlukan tadi. (Jangan lupa dokumen asal jika diminta oleh pegawai bank)
  • Cop Company juga perlu dibawa bersama.
  • Sediakan deposit RM1000 seperti dalam syarat.
  • Pegawai bank akan bantu untuk selesaikan urusan pengaktifan serta online banking kita.
  • Patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk kita sama-sama putuskan rangkaian Covid-19.

Dengan wujudnya SME FIRST-i yang diperkenalkan oleh Maybank ni, ia boleh membantu peniaga kecil-kecilan untuk membuka akaun perniagaan dengan lebih mudah dan cepat. Semoga bermanfaat dan dipermudahkan urusan kita. Aamiin.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "CARA MUDAH BUKA AKAUN PERNIAGAAN "CURRENT ACCOUNT" DI MAYBANK TANPA PERLU "INTRODUCER""

Posting Komentar