Loading...
Masuk saja ke dalam Karat England Kafe (KEC) seolah-olah membawa korang ke dalam England Collectables Museum yang sangat unik. Setiap sudut kafe ini penuh dengan koleksi-koleksi barangan antik yang sangat bernilai di mana saya sendiri dapat rasakan suasananya seolah-olah berada di England sambil mencuci mata melihat pelbagai barangan antik yang dipamerkan secara percuma.
Selain dari barangan antik yang dipamirkan di dinding dan sudut-sudut cafe, semua perabot termasuk meja dan kerusi di premis ini juga menggunakan barangan antik dan terpakai. Sebagai contoh, kaki mesin jahit lama digunakan sebagai kaki meja makan.
PILIHAN MENU DI KARAT ENGLAND CAFE
Kalau sentuh bab makanan pula, memang boleh dipuji. Nak-nak "Roti Kelate" dia. Roti Kelate ni merupakan hidangan roti bakar yang tebal dibelah dua, dihidang bersama telur masak separuh dan kaya. Roti Kelate ni dalam kategori "All Day Menu" yang boleh dioder sepanjang hari.
Selain dari Roti Kelate ni ada banyak lagi menu-menu lain yang berkonsepkan menu western (barat) seperti spaghetti, burger, lasagna, chicken chop, lamb chop dan lain-lain. Selain itu, KEC juga mempunyai pelbagai pilihan "Light Bites" menu dimana korang boleh oder menu makanan yang tidak terlalu berat seperti french fries, calamari ring, curly fries, nugget dan mushroom soup.
Saya sendiri tidak sangka, adanya cafe yang sebegini unik di Tanah Merah. Memandangkan ianya cukup menarik untuk dikongsi, saya sangat recommend korang semua untuk datang ke sini bersama . Sebuah cafe yang menawarkan hidangan yang sedap dengan harga yang berbaloi dan sangat insta-worthty. Tak ada sebab untuk korang datang atau singgah di Karat Englang Cafe ni jika korang dah berada di Tanah Merah!
Alamat :
Belakang Roti Canai Cikgu, Taman Desa Baraqah, 17500 Tanah Merah Kelantan.
(waze Karat England Cafe)
Waktu Operasi :
Selasa - Ahad (11.30 pagi- 11 malam)
Isnin (tutup)
Facebook : https://www.facebook.com/karatenglandcafe
Instagram : https://www.instagram.com/karat_england
Loading...
0 Response to "KARAT ENGLAND CAFE (KEC) SEAKAN MUZIUM BARANGAN ANTIK DARI ENGLAND"
Posting Komentar